| Selamat Datang - Ahlan Wa Sahlan - Welcome | ke Laman Blog Persatuan Penduduk Impian Jaya, Saujana Impian Kajang.
Monday, December 6, 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua penduduk Impian Jaya. Semoga segala amalan baik sepanjang tahun 1431 diterima Allah swt hendaknya. Berdoalah dan berusahalah supaya tahun 1432 yang bakal menjelma akan diisi dengan segala penambahbaikan dan kebaikan ... Amin
Bersama-sama ini disertakan doa awal & akhir tahun hijrah. Sekiranya, sukar dibaca, tuan/puan boleh klik pada pautan ini :
http://surau.townplan.gov.my/surau/ebook/DoaAwalAkhir.pdf
PPIJ
Friday, November 12, 2010
Salam Aidiladha
Tuesday, November 9, 2010
Parking Kenderaan Anda : Pastikan Tidak Menghalang Jiran / Lalu lintas
Saturday, November 6, 2010
Penstrukturan Semula Laluan di Lampu Isyarat Saujana Impian: Membahayakan NYAWA!
Monday, November 1, 2010
Happy Deepavali
Wednesday, October 20, 2010
Para Dermawan : Sahutlah Seruan Surau Saujana Impian, Kajang
Assalamualaikum wrt wbt
Para Dermawan Yang Budiman,
Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan makluman dan iklan mengenai Rayuan Sumbangan Amanah Saham Akhirat Surau Saujana Impian, Kajang bagi membangunkan 2 unit rumah imam, sebuah sekolah agama dan beberapa unit rumah kedai...
No Akaun Bank Islam (Surau Saujana Impian) :
1209 2010 00 4744
Ayuh! Berlumba-lumbalah kita dalam mengerjakan amal kebajikan. Semoga segala sumbangan dan amal jariah pada dermawan sekalian dibalas dengan redho Allah swt.
Sekian, harap maklum.
Tuesday, October 12, 2010
Ancaman Kecurian & Pecah Rumah Meningkat
- sesi tinjauan oleh 3-4 individu dengan memandu kereta (iswara biru);
- membaling batu ke bumbung oleh 'individu' bertudung - dipercayai untuk mengaburi niat untuk mencuri. sekiranya, tiada respon tindakan pecah rumah akan dibuat oleh beberapa individu (lelaki) lain selepas itu.
- Mempercepatkan usaha membangunkan Pondok Pengawal II (sebelah Kajang-by-pass).
- Telah memulakan kerja-kerja pembanngunan pagar di Jalan Kajang By Pass sehingga traffic light
- Menambah seorang lagi pengawal keselamatan pada waktu siang.
- Menyusun atur /menambah baik perjalanan kawalan keselamatan.
- Bercadang untuk menutup terus palang besi di sebelah Jalan Kajang By Pass pada hari bekerja (Mohon maklumbalas semua penduduk impian jaya khususnya mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah)
- Bersama-sama meningkatkan tahap keselamatan kediaman masing-masing
- Simpan Nombor Telefon Polis Kajang (03-8736 2222), Guard SIANG (017-3568594), Guard MALAM (016-3700831), Pengurus Kawalan Keselamatan (019-2535102) dan yang utama jiran-jiran terdekat masing-masing.
- Pastikan jiran depan-belakang-kanan-kiri WAJIB dikenali.
- Ayuh! Bantulah dan sertailah semua penduduk. Jelaskan Yuran Keselamatan.
- Berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan penduduk dan dijauhi dari sebarang musibah.
Sunday, October 3, 2010
Pengawal Keselamatan Dah Ada Tapi Mengapa Ada Kes Pecah Rumah
Wednesday, September 29, 2010
Program Sambutan Aidilfitri 1431H Impian Jaya, Saujana Impian Kajang
Tuesday, September 7, 2010
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1431H
- Tuan/Puan yang akan bercuti pulang ke kampung hendaklah memastikan rumah masing-masing dikunci dengan baik
- Pastikan kenderaan yang ditinggalkan juga berkunci dengan baik
- Nyalakan lampu yang berkenaan di rumah tuan/puan
- Pastikan tuan/puan menyimpan nombor telefon jiran terhampir dengan rumah masing-masing
- Pintu palang di sebelah Jalan Kajang By Pass akan ditutup 24 jam pada Hari Raya Pertama & Kedua (10 & 11 September 2010)
- Semua penduduk & pelawat hendaklah menggunakan laluan utama di sebelah Jalan Melur pada tarikh 10 & 11 September 2010
- Tambahan seorang pengawal keselamatan akan dibuat semasa cuti Aidilfitri bermula 7 – 16 September 2010
- Nombor telefon Kawalan Keselamatan adalah seperti berikut:
Kawalan Keselamatan (Siang) | 017-3568594 |
Kawalan Keselamatan (Malam) | 016-3779425 |
Pengurus Keselamatan (Encik Aziz) | 019-2535102 |
Balai Polis Kajang | 03-87362222 |
Monday, August 23, 2010
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara Ke 53
Monday, August 9, 2010
Selamat Menjalani Ibadah Di Bulan Ramadhan al Mubarak
Tuesday, August 3, 2010
Taklimat Pencegahan Kebakaran & Pemeriksaan Pili Bomba
Saturday, July 31, 2010
Bagaimana Pencapaian Persatuan Penduduk Impian Jaya Di Mata Anda?
1) Telah mengadakan 5 mesyuarat AJK
2) Mewujudkan Tabung Khairat Kematian - Etiqa Takaful
3) Memasang 2 unit gantri
4) Membuat perjumpaan dengan Adun Kajang
5) Membangunkan Pagar Keselamatan (Fasa I) - telah siap
6) Membangunkan Pagar Keselamatan (Fasa II) - telah bermula
7) Membangunkan 1 unit pos kawalan
8) Merealisasikan 24 jam kawalan keselamatan
9) Melaksanakan penyampaian maklumat melalui blog, FB, banners dan fliers
10) Gotong Royong Pertama (April 2010)
11) Menambah Pemasangan Lampu Jalan
12) Membuka Kaunter Kutipan Yuran Keselamatan (Mingguan)
13) Memperkenalkan logo persatuan
14) Memperkenalkan pelekat kenderaan
... APA KOMEN ANDA SEMUA?
Wednesday, July 28, 2010
Program Gotong Royong Sempena Kedatangan Ramadhan
Thursday, June 3, 2010
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Telah Bermula: Apa Komen atau Cadangan Lain Anda?
Tuesday, June 1, 2010
Projek Pembangunan Pagar Keselamatan : Jawapan Kepada Maklumbalas Saudara/Sauadri "GUEST'
- kick-off telah dimulakan pada Februari 2010 (pihak yg telah dirujuk oleh persatuan adalah MPKj, Adun Kajang, LLM, Grand Saga, Kementerian Kerja Raya)
- Pembangunan di buat di sebelah Jalan kajang by pass
- Pembangunan tidak boleh dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan wujud isu-isu yang bersifat 'nasional', status selenggara, isu tanah dan sebagainya...
- Pembangunan pagar dalam kawasan perumahan bukan menjadi tanggungjawab MPKj tetapi pemaju
- Projek perumahan kita telah berusia hampir 20 tahun. Pemajunya dimana? ... ada
- Juga tiada klausa2 yang boleh memaksa pihak2 yang mengaut keuntungan banyak hasil daripada 'kesengsaraan' kita seperti GrandSaga, LEKAS, TESCO dll melainkan kesedaran syarikat ini untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
- Oleh kerana itu, persatuan bermula pada Januari 2010 telah menggerakkan aktiviti untuk mengumpul dana/ mendapatkan penajaan dll bagi menampung kos pembangunan pagar tersebut... (perkara ini sekiranya tuan/puan hadir ke aktiviti persatuan atau sering bergaul dengan masyarakat setempat.. pastinya sedikit maklumat mengenai projek pagar ini akan diketahui)... Maklumat lengkap mengenainya sengaja tidak didedahkan oleh persatuan.
- Kini persatuan telah mendapat sedikit dana, tetapi masih kurang mencukupi. Hasrat untuk mengadakan gotong royong juga dibantah. Sekiranya dilakukan secara gotong royong, maka kos pembinaan pagar dapat dikurang.
- Persatuan juga mengeluarkan sedikit duit hasil dari kutipan yuran tahunan penduduk
- Jalan terakhir adalah dengan mendapatkan sumbangan penduduk sebagai tambahan kepada dana tersebut.
Tuesday, May 18, 2010
Jenayah Pecah Rumah & Kaedah Pencegahannya Oleh PDRM
PECAH RUMAH
CARA MENCEGAHNYA:
PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL
· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.
· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
· Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
· Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
· Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.
Saturday, May 8, 2010
Kaunter Bayaran Yuran Keselamatan Kini Dibuka
Thursday, April 29, 2010
Wakil Kutipan Yuran Keselamatan
Bayaran yuran keselamatan boleh dibuat melalui wakil-wakil persatuan seperti berikut:
Wakil 1
Dato' Hj Zakaria Abd Hamid
No. 55, Jalan Impian Jaya
Tel: 019-3255999
Wakil 2
Lt. Kol. Mohd Fuaad Bin Mohd Yunus
No. 58, Jalan Impian Jaya 5
Tel: 012-3996257
Wakil 3
Encik Adi Sulaiman
No. 2, Jalan Impian Jaya 6
Tel: 012-3919743
Disamping itu juga, pihak persatuan turut akan membuka kaunter bayaran pada setiap Hari Sabtu bermula pada 8 Mei 2010 jam 9.00 – 11.00 pagi di Pos Kawalan Keselamatan Jalan Impian Jaya 5 (pintu masuk bersebelahan Jalan Melur).
Monday, April 26, 2010
Tuesday, April 6, 2010
GOTONG ROYONG & TAKLIMAT KAWALAN KESELAMATAN
- Tarikh : 18 April 2010 (Ahad)
- Masa : 8.30 pagi
- Tempat : Padang Permainan Impian Jaya, Jalan Impian Jaya 5
- Yuran Bulanan adalah RM30
- Bayaran dibuat kepada AJK Persatuan (wakil setiap jalan)
- Kawalan 12 jam (7.00 malam - 7.00 pagi) - Fasa Pertama
- 1 Pos Kawalan akan dibangunkan dalam bulan April (di pintu masuk Jalan Melur)
- Palang besi di sebelah Jalan Kajang By Pass akan ditutup bermula 12.00 tengah malam. Akan dibuka pada jam 6.00 pagi. (perlukan maklumbalas semua)
Monday, March 29, 2010
Lawatan Y.B. Adun Kajang Ke Impian Jaya, Saujana Impian
Pada 12 Mac 2010 (Jumaat) yang lalu Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) telah berbesar hati menerima kunjungan Adun Kajang Yang Berhormat Cikgu Lee dan rombongannya seramai lebih kurang 15 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis Kajang, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan beberapa orang wartawan.
- Bersetuju untuk menyalurkan bantuan untuk projek pembangunan pagar di Impian Jaya (keutamaan adalah sepanjang Jalan Impian Jaya);
- Bersetuju untuk membawa cadangan pembangunan 'Sound Barrier' kepada pihak-pihak berkaitan seperti JKR, MPKj, Grand Saga dan lain-lain;
- Mengambil maklum akan peruntukan 'resurface' jalan-jalan di Impian Jaya;
- Bersetuju membuat pemantauan pembersihan/penyelenggaraan longkang yang tidak konsisten;
Wednesday, March 3, 2010
Peserta Khairat Kematian Tahun 2010 (Fasa I)
Friday, February 5, 2010
Tabung Khairat Kematian Persatuan Penduduk Impian Jaya
SUMBANGAN
Sumbangan tahunan iaitu RM15 bagi satu keluarga walaupun terdapat kurang dari 3 orang anak atau hanya satu penjaga (suami / isteri) sahaja. Bagi suami yang mempunyai lebih dari satu isteri maka setiap isteri dan anak-anaknya akan dikenakan tambahan sumbangan RM15, iaitu dikira sebagai satu unit keluarga.
MANFAAT
Perlindungan dan manfaat Takaful bagi kematian di atas semua sebab adalah seperti berikut:
AHLI YANG DILINDUNGI | MANFAAT KEMATIAN |
Ahli atau pasangan (18-65 tahun) | RM1000 |
Ahli atau pasangan (66 – 75 tahun) | RM500 |
Anak (sehingga 3 kematian dalam setahun dari semua anak-anak yang layak dalam keleuarga tersebut) | RM500 |
BAGAIMANA INGIN MENYERTAI?
Persatuan Penduduk Impian Jaya telah memutuskan bahawa tarikh akhir pendaftaran Tabung Khairat Kematian adalah pada 20 Februari 2010. Kutipan akan dibuat oleh beberapa AJK Persatuan seperti berikut:
Jalan Impian Jaya
Tuan Hj Mohd Zamani Embong - No. 17 Jalan Impian Jaya (019-2305808)
Jalan Impian Jaya 1/2/3
Tuan Hj Hussain Abd Rahman - No. 11, Jalan Impian Jaya 1 (019-3445728)
Jalan Impian Jaya 4
Tuan Hj Abd Manaf Hj Ramli - No. 47, Jalan Impian Jaya 4 (012-3339375)
Jalan Impian Jaya 5
Encik Mansor Shamsuddin - No. 2, Jalan Impian Jaya 5 (012-2011705)
Jalan Impian Jaya 6/7/8
Encik Azwan Bin Mohamed - No. 1, Jalan Impian Jaya 7 (019-3855991)
Jalan Impian Jaya 9/10/11
Tuan Hj Mohammad Hazani bin Hj Hassan, No. 6 Jalan Impian Jaya10 (012-2109607)
Jalan Impian Jaya 12/13
Tuan Hj Rahazi bin Razak, 6, Jln Impian Jaya 13 ( )
Sekiranya, didapati tiada wakil persatuan yang datang ke rumah anda ataupun ketika kehadiran wakil persatuan penduduk ke rumah tetapi anda tiada, sila berjumpa terus dengan wakil-wakil seperti yang dinyatakan di atas. Penduduk yang terlepas untuk menyertai Tabung Khairat Kematian hanya boleh menyertainya pada sesi tahun akan datang.
Thursday, January 21, 2010
Perjumpaan Wakil Persatuan Dengan Ahli Majlis Kajang
- Status peruntukan penurapan jalan di Impian Jaya di bawah bajet 2010. Pada tahun 2009, pihak MPKj menjanjikan penurapan jalan akan dibuat pada Mac 2010
- Status tambahan pemasangan lampu jalan khususnya di taman permainan
- Permohonan peruntukan untuk membina pagar keselamatan khususnya di sepanjang Jalan Impian Jaya dan Lebuh Raya Grand Saga
- Lampu Jalan tidak menyala (di sepanjang jalan besar Tesco menghala ke Saujana Impian)
Saturday, January 16, 2010
Pemasangan Jeriji Besi Di Laluan Belakang: Apa Kata Jabatan BOMBA??
Pihak Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) telah mendapatkan penjelasan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenai status pemasangan jeriji besi di laluan belakang (backlane) . Berikut merupakan jawapan melalui emel yang telah diterima pada 15 Januari 2010 yang lalu.
Tuan,
PER: JAWAPAN PERTANYAAN STATUS PEMASANGAN JERIJI BESI BELAKANG RUMAH
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita memaklumkan bahawa akses utama menentang kebakaran adalah dilaluan hadapan unit-unit kediaman yang mana di laluan tersebut terletaknya pili-pili bomba yang membekalkan sumber air utama untuk operasi pemadaman kebakaran. Manakala laluan belakang (backlane)akan digunakan oleh anggota operasi pemadaman kebakaran dan kerja-kerja penyelamatan dibahagian belakang.Oleh yang demikian, pemasangan jeriji dilaluan tersebut akan dibuka secara paksa bagi kerja-kerja pemadaman kebakaran dan penyelamatan di bahagian belakang (backlane).
3. Untuk makluman tuan juga, laluan belakang bukanlah merupakan syarat utama keselamatan kebakaran kerana dinding dua pihak (party wall) yang memisahkan unit-unit kediaman telah berfungsi sebagai perlindungan pasif mengawal kemerebakan kebakaran.
Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.
Yang benar,
melalui e-mel
(PgB Nor Mahathir Bin Muhamad)
b.p. Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Keselamatan Kebakaran
Ibu Pejabat
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia
Tuesday, January 12, 2010
PENTING!! Kejadian Pecah Rumah Pertama di Tahun 2010
Pihak PPIJ menerima maklum bahawa pada 11 Januari 2010 yang lalu berlaku 2 kejadian pecah rumah di Jalan Impian Jaya 3 (Tuan Hj Abdul Kadir Abdul Rahman) dan Jalan 4 (Tuan Hj Zamzuri Hj Said). PPIJ mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa.
Tuesday, January 5, 2010
Ceramah Agama Sempena Maal Hijrah 1431
- Tarikh : 10 Januari 2010 (Ahad)
- Masa : Bermula Sholat Maghrib
- Tempat : Surau Saujana Impian
- Penceramah : Tuan Haji Ann Wan Seng