Saturday, November 19, 2011

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) 2011




Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) 2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 20 November 2011 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Padang Permainan Jalan Impian Jaya 5

Semua penduduk dijemput hadir. Sarapan pagi disediakan.

Terima kasih


Thursday, September 15, 2011

Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 @ Impian Jaya




Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) akan menganjurkan Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 Peringkat Taman Impian Jaya, Saujana Impian pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 24 September 2011 (Sabtu)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Padang Permainan, Jalan Impian Jaya 5

Semua dijemput hadir.

Terima kasih

Saturday, August 27, 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H

Assalamualaikum wrt wbt



Persatuan Penduduk Impian Jaya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Pastikan rumah tuan / puan dikunci dengan baik. Selamat dalam perjalanan pergi dan balik.

Sekian

Sunday, June 19, 2011

Bingkisan Kejohanan Bola Tampar Tertutup & Majlis Kecemerlangan Akademik 2010


Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) telah mengadakan program Kejohanan Bola Tampar Tertutup (Impian Jaya) dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2011. Berikut merupakan sebahagian daripada bingkisan yang sempat dirakam oleh lensa Encik Fauzil (Jalan Impian Jaya 5). Tahniah dan terima kasih atas penyertaan semua .... (sila layari Facebook PPIJ untuk melihat foto-foto lain) ....




















Wednesday, April 13, 2011

Pertandingan Bola Tampar Tertutup Impian Jaya 2011


Pertandingan Bola Tampar Tertutup Impian Jaya 2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:


Tarikh: 24 April 2011 (Ahad)

Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang

Tempat: Padang Permainan Jalan Impian Jaya 5


Syarat-Syarat Penyertaan:



  1. Yuran Penyertaan hanya RM5.00 setiap orang

  2. Terbuka kepada semua warga Impian Jaya (Pemilik / Penyewa)

  3. Jumlah pemain setiap kumpulan adalah 10 orang dengan 6 orang pemain utama dan 4 pemain simpanan

  4. Pertandingan diadakan secara 'round-robin'

  5. Hadiah menarik disediakan


Pembahagian Kumpulan



  1. Jalan Impian Jaya , 1, 2 dan 3

  2. Jalan Impian Jaya 4 - Team A

  3. Jalan Impian Jaya 4 - Team B

  4. Jalan Impian Jaya 5

  5. Jalan Impian Jaya 6,7 dan 8

  6. Jalan Impian Jaya 9, 10, 11 dan 12 (Semi D)


Urusetia Program:


Saudara Adi Sulaiman - 012-2863010


Lt. Kol Mohd Fuaad - 012-3996257



Borang boleh diperolehi melalui urusetia di atas atau di pondok pengawal. Sila kembalikan borang penyertaan dan yuran pendaftaran selewat-lewatnya pada 19 April 2011.


Sunday, February 20, 2011

Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010



TAHNIAH ATAS KECEMERLANGAN AKADEMIK ANAK-ANAK IMPIAN JAYA !!

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Penduduk Impian Jaya akan memberikan saguhati di atas kecemerlangan akademik tahun 2010 yang dicapai oleh anak-anak warga Impian Jaya.

SYARAT AMAT MUDAH:
1) Terbuka kepada semua anak-anak di Impian Jaya
2) Ibu/ Bapa/ Penjaga telah menjelaskan bayaran Yuran Persatuan Tahun 2010

APA YANG ANAK-ANAK DAPAT:
1) UPSR (5A) - RM50.00
2) PMR (7A ke atas) - RM80.00
3) SPM (7A ke atas) - RM100.00
4) STAM (Jayyid jiddan ke atas) - RM120.00
5) STPM (5P) - RM120.00

Sila dapatkan Borang di Pos Kawalan dan serahkan kepada Setiausaha Persatuan di No. 1, Jalan Impian Jaya 7, Saujana Impian.

TAHNIAH !!

Friday, February 18, 2011

Mesyuarat Tahunan Persatuan Penduduk Impian Jaya Tahun 2011

Mesyuarat Tahunan Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) 2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 20 Februari 2011
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Padang Permainan Jalan Impian Jaya 5

Semua dijemput hadir.


Penduduk boleh membuat bayaran Yuran Persatuan, Yuran Keselamatan dan Yuran Pagar Keselamatan. Disamping itu juga, PPIJ akan mengedarkan Borang Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Anak-anak Impian Jaya, Borang Penyertaan Takaful Khairat Kematian.


Tuesday, February 8, 2011

Salam Maulidur Rasul



MAULIDUR RASUL….

Saban tahun kita menyambutnya..

Majlis disambut umat sedunia..

Dihiasi dengan pelbagai acara..

Terus menjulang di persada dunia..

MAULIDUR RASUL..

12 Rabiul Awal menjadi tarikh pilihan..

Sambutan kelahiran seorang insan..

Kekasih Allah sepanjang perjuangan..

Menegakkan agama di tangga kemuliaan..

MAULIDUR RASUL..

Kelahiran seorang Rasul dan Nabi..

Menghambakan dirinya terhadap Ilahi…

Wataknya memperlihatkan nilai insani…

Kekasih Ilahi yang akhlaknya sentiasa disegani…

MAULIDUR RASUL…

Sehingga kini namanya terus menjulang…

Bangsa,negara dan pengikutnya berbilang…

Namun kini apa yang jadi sunnahnya terus menghilang..

Bersilih ganti dengan kesesatan dalam dunia yang terus walang..

MAULIDUR RASUL…

Kini tiada lagi cahaya nur Imani..

Yang dahulunya terang menyinari kehidupan Nabi..

Namun kini yang ada hanyalah gelap yang menghitami..

Hati yang Pencipta dirinya tidak lagi ditakuti..

Maulidur Rasul sambutannya kini dipenuhi..

Pelbagai saat yang melalaikan…

Umpama kejayaan yang dahulunya dibanggakan..

Namun kini jatuh tiada kebangkitan…

Tiada lagi yang dapat menghidupkan kelopak iman…

MAULIDUR RASUL…

Terus kelam dari dunia keinsafan..

Untuk memperingati perjuangan seorang insan…

Yang ketika ajalnya menjemput …….

Yang meniti di binirnya hanyalah…

“Ummatku…Ummatku…Ummatku..”

Kecintaannya kepada ummah tidak berbelah bahagi…

Namun kini sebaliknya pula yang terjadi…

Kecintaan kepada Nabi tidak lagi terisi..

Bahkan ruang Islami telah dikosongi..

JUSTERU ITU…

Marilah kita bermusahabah diri…

Menanamkan rasa kecintaan kepada Nabi…

Sehingga mati terus abadi..

Ayat Ilahi dan juga Nabi..

Sebagaimana Nabi mengingati kita sehingga wafat..

Sebegitulah juga namanya kita ingati..

Sehingga ke hujung hayat..

Marilah kita bermusahabah diri…

Memperjuangkan Kalimah Allah sehingga mati..

Agar terus terjamin kehidupan kita nanti…

Bahagia di dalam syurga kekal abadi…

Sekian,semoga beroleh manfaat…



SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KELAHIRAN JUNJUNGAN MULIA NABI MUHAMMAD SAW.

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011



Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina khususnya kepada penduduk Impian Jaya yang berbangsa Cina.

"WISHING YOU ALL A YEAR SPARKLING WITH SUCCESS, HAPPINESS AND PROPERITIES"