Thursday, June 3, 2010

Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Telah Bermula: Apa Komen atau Cadangan Lain Anda?

Secara rasminya perkhidmatan kawalan keselamatan telah bermula pada 1 Jun 2010 yang lalu. Mengikut perancangan awal, kawalan hanya melibatkan 12 jam sahaja iaitu di sebelah malam. Namun begitu, atas rasa insaf dan kesedaran sebilangan besar penduduk, kutipan ketika ini membolehkan kita melaksanakan kawalan selama 24 jam.

1) 12 jam kawalan malam - 1 pengawal berpusat di pondok kawalan & 1 pengawal lagi membuat rondaan menggunakan motosikal.

2) 12 jam kawalan siang - 1 pengawal ditugaskan untuk membuat rondaan dan pemantauan kawasan sahaja. Sekali sekala pengawal akan berada di pos kawalan.


Apa pula cadangan anda?

1) Menghadkan kemasukan lori besi buruk, lori tilam, lori tar jalan, van surat khabar lama dan lain-lain perkhidmatan yang kurang berkenaan HANYA pada Hari Sabtu & Ahad sahaja. Ini kerana pada hari-hari biasa kebanyakkan penduduk bekerja. Kemasukan lori/van/kereta/moto 3 roda ini sedikit sebanyak telah meningkatkan risiko kecurian.

2) Menyediakan borang pemantauan rumah sekiranya tuan rumah pulang ke kampung atau bercuti.

3) Cadangan anda?


Sila kemukakan cadangan di ruangan komen. Terima kasih




1 comment:

  1. kenapa tidak membuat pintu pagar access yang menggunakan kad lebih senang untuk penduduk dan security dan lebih cepat..dan kenapa tidak menggunakan sistem pelawat kepada sesiapa yang hendak berjumpa dengan family yang duduk di kawasan ini harus mengisi borang dulu

    ReplyDelete