Saturday, January 16, 2010

Pemasangan Jeriji Besi Di Laluan Belakang: Apa Kata Jabatan BOMBA??



Pihak Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) telah mendapatkan penjelasan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenai status pemasangan jeriji besi di laluan belakang (backlane) . Berikut merupakan jawapan melalui emel yang telah diterima pada 15 Januari 2010 yang lalu.

---------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan,

PER: JAWAPAN PERTANYAAN STATUS PEMASANGAN JERIJI BESI BELAKANG RUMAH

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita memaklumkan bahawa akses utama menentang kebakaran adalah dilaluan hadapan unit-unit kediaman yang mana di laluan tersebut terletaknya pili-pili bomba yang membekalkan sumber air utama untuk operasi pemadaman kebakaran. Manakala laluan belakang (backlane)akan digunakan oleh anggota operasi pemadaman kebakaran dan kerja-kerja penyelamatan dibahagian belakang.Oleh yang demikian, pemasangan jeriji dilaluan tersebut akan dibuka secara paksa bagi kerja-kerja pemadaman kebakaran dan penyelamatan di bahagian belakang (backlane).

3. Untuk makluman tuan juga, laluan belakang bukanlah merupakan syarat utama keselamatan kebakaran kerana dinding dua pihak (party wall) yang memisahkan unit-unit kediaman telah berfungsi sebagai perlindungan pasif mengawal kemerebakan kebakaran.

Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.


Yang benar,

melalui e-mel
(PgB Nor Mahathir Bin Muhamad)
b.p. Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Keselamatan Kebakaran
Ibu Pejabat
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penjelasan pihak Bomba telah diperolehi, justeru apa tindakan tuan/puan semua?

Sekian, harap maklum.


No comments:

Post a Comment