Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) secara rasminya telah mengorak langkah menyertai kaedah penyampaian dan perkongsian maklumat secara atas talian. Penambahbaikan ini bertujuan untuk mempelbagaikan medium penyampaian maklumat sedia ada. Selain daripada mewujudkan laman blog ini, PPIJ juga telah menyertai laman sosial terkenal iaitu Facebook dan googleMAIL sebagai media perhubungan tambahan.
Sekian, harap maklum.
Sebarang cadangan atau persoalan, boleh dimajukan melalui alamat emel ppimpianjaya@gmail.com
Sekian, harap maklum.
Sebarang cadangan atau persoalan, boleh dimajukan melalui alamat emel ppimpianjaya@gmail.com
Kejadian di Kajang Prima.
ReplyDelete-------------------------
Semalam rumah jiran saya No 10, 2/16 ( gumah cina ) dimasuki pencuri. Citer dia camni:
Mula2 ada seorg pompoan pakai tudung tekan loceng kt pagar. Anak-anak cina tu ada kat dlm gumah, tapi x berani nk tengok luar dan tunjuk muka. Pas tekan berkali2 tetiba 2 lelaki lompat pagar terus ke pintu gumah. Gumah cina ni mgg selalu pasang pad-lock walaupun ada org dlm gumah.
Penyamun tu potong grill dan masuk gumah. Anak2 cina ni sembunyi dalam bilik tingkat atas dan call mak bapak dia. Bapak dia bergegas balik ke gumah.
On the same time, mak dia keep calling kat gumah utk bagi penyamun tu takut.
Beberapa minit sblom bapak dia sampe, penyamun tu cabut.
Dia dh repot polis dah ....
So skrang ni kita dapat tau penyamun ni melibatkan org pompoan jugak ( pakai tudung ).
Penghuni
No 8, 2/16
Info....salam
ReplyDeletePetikan dari laman forum http://www.bandarseriputra.blogspot.com/
Wednesday, 2 December 2009
JENAYAH INDEK - PECAH RUMAH DI BSP
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
1. Musim tengkujuh masih berlarutan, kita semua tidak mahu musim pecah rumah yang telah berkurangan sejak kebelakangan ini berulang lagi bermaharajalela di BSP. Kes pecah rumah terbaru yang dilaporkan berlaku ialah pada 01 Dis 2009 di No. 31, JSP 3/G (D’Sentral 6A). Suri rumah yang bangun dari tidur diawal pagi menyedari dompet duitnya telah beralih tempat dan mendapati semua wangnya dianggarkan lebeh kurang RM300.00 telah tiada. Beliau mengesyaki sesuatu telah berlaku lalu memeriksa dan mendapati barang-barang iaitu sebuah Laptop, 2 unit External HD, sebuah Kamera Digital, sebuah LCD Projector, sebuah telefon bimbit dan barang-barang kecil yang lain telah hilang. Tiada kesan pecah masuk di rumah tersebut. Rumah dipasang gril dan tiada ‘alarm system’. Mangsa mengesyaki saspek memasuki melalui tingkap tingkat atas di bilik tidurnya kerana tidak ditutup/dikunci dan saspek memasuki melalui gril yang mana rekabentuk petak gril yang dipasang luas dan boleh dibolosi oleh badan kecil atau kurus.
2. Malang tidak berbau, inilah selalu yang dikatakan dan kita semua tidak akan tahu dan mengenali bila jenayah akan berlaku. Apa yang dapat diperingatkan supaya setiap skim mengwujudkan kawalan keselamatan masing-masing samada melantik syarikat kawalan keselamatan atau dilakukan sendiri oleh penduduk-penduduk dengan mengadakan Skim Rondaan Sukarela (SRS) untuk menghalang dan mencegah dari perlakuan keji penjenayah-penjenayah yang tidak bertanggungjawab. Suka saya memetik teks pandangan dari OCS mengenai SRS iaitu: “Saya cadangkan diadakan SRS (skim rondaan sukarela) yang dijalankan oleh penduduk dan dipantau serta turut serta oleh Polis. Kerjasama dari masyarakat untuk membenteras jenayah amat dialu-alukan. Apa saja cadangan orang awam untuk membantu pihak Polis mencegah dan membenteras jenayah amat sangat dihargai”.
3. Bersama-samalah kita membenteras jenayah. Tujuan kes-kes sebegini di sebarkan adalah bertujuan agar kita lebih berhati-hati dan sensitif dengan persekitaran kita dan juga sentiasa memerhatikan tingkah-laku orang-orang yang tidak kita kenali.
Wassalam dan salam sejahtera.
Norizan bin Hj Sulaiman
BHDSB
Tetuan WNB7416,
ReplyDeleteTerima kasih tetuan WNB7416 atas maklumat yang dikongsi. Mudah-mudahan kita semua dijauhi dari sebarang ancaman jenayah dan malapetaka yang tak diingini.
Kadang-kadang kita hairan juga, semangat kejiranan di bandar2 sudah jauh beza dengan di kampung2 (dulu2 ler.. kampung skrg pon dah nak sama mcm kat bandar).... Dok sibuk dengan budaya 'jangan suka jaga tepi kain orang'.... nah! ni lah jadinya...
JOM kita semua muafakat... langkah pertama. Kita buat kempen 'KENALI JIRAN ANDA!'... islam kata jiran kita terdiri daripada 40 buah rumah di kiri, kanan, depan dan belakang kita (zaman sekarang tambah lagi 40 atas dan 40 bawah).... Peringkat permulaan, apa kata kita wajib kenal 3 jiran kanan, 3 kiri, 3 depan dan 3 belakang... Amacam? Ada brani??