Minggu ke 4 Disember (20 - 26 Disember 2009) menyaksikan sebanyak tiga buah rumah penduduk di Impian Jaya telah dipecah masuk oleh pencuri. Walaupun PPIJ dimaklumkan terdapat kehilangan banyak barangan berharga, namun sebaliknya kita juga harus memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana ia tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa. Sebagai peringatan kita semua harus berwaspada dengan meningkatkan tahap keselamatan di samping mempereratkan semangat kejiranan.
Justeru, bertepatan dengan hasrat penduduk Impian Jaya, pihak PPIJ sedang berusaha ke arah mewujudkan komuniti berpintu pagar (di dua pintu masuk utama) dan juga bantuan rondaan dari syarikat keselamatan. Adakah anda semua bersedia ke arah itu?
PPIJ juga ingin mencadangkan dan menggalakkan permuafakatan antara jalan-jalan di Impian Jaya dengan pemasangan jeriji besi di laluan belakang rumah (back lane). Melalui permuafakatan ini, semua pemilik rumah boleh berbincang dan melantik seorang ketua bagi menentukan kutipan yang akan dikenakan bagi pemasangan jeriji besi tersebut. Sedia maklum apabila bilangan rumah banyak maka kos pemasangan boleh diagihkan sama rata dan secara tidak langsung kutipan yang lebih rendah boleh dibuat. Sebahagian pemilik rumah di jalan Impian Jaya 4 & 5 telah lama melaksanakan projek ini. Bagaimana pula dengan belakang rumah anda???
Bersama PPIJ ke arah mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan sejahtera.
Sekian
sy perhatikan kejadin pecah rumah ni byk berlaku semasa cuti sekolah. so kena berhati2x semasa cuti skolah.
ReplyDeleteMungkin juga tetapi pada perhatian saya apabila ada banyak kerja ubahsuai rumah dilakukan maka meningkatlah kes-kes tersebut... Apakah ada kaitan antara kes dan pekerja ubahsuai rumah?? Dah 12 tahun saya menetap di IJ tapi 1-2 tahun kebelakangan ini, kes ini menjadi-jadi..... saya menjadi mangsa pada July lalu...
ReplyDeleteSaya amat mengsyorkan agar jiran-jiran bersepakat memasang grille di laluan belakang rumah untuk keselamatan bersama dan mengurangkan serta membendung jenayah tersebut.
ReplyDeletesaya sokong 9teen. jom lah kita dok pakak2, kumpul duit untuk buat grill backlane... sekurang2nya kita berusaha untuk meningkatkan pertahanan sebelah belakang rumah...
ReplyDeletemengenai hipotesis antara kerja2 pengubahsuaian rumah dengan kes kecurian itu mmg ada betulnya... hmmmm
Sekiranya sah dilakukan dari segi undang-undang, saya syorkan AJK PPIJ mengambil butir-butir peribadi para pekerja tersebut sebagai langkah keselamatan.
ReplyDeleteSaya amat setuju kalau semua jalan di backlane dibuat grill keselamatan.Tak perlu nk risau2 lagi tentang keselamatan di belakang rumah..Kalau semua setuju kita kongsi laa!
ReplyDelete9teen,
ReplyDeletesatu cadangan yang baik mengenai maklumat pekerja ubahsuai rumah. Mungkin lepas ini, saya akan bawa perkara ini dalam mesy AJK, supaya diadakan satu "BORANG PEMAKLUMAN UBAH SUAI RUMAH"... untuk mendapatkan maklumat seperti nama kontraktor, anggaran masa ubahsuai umah etc...
ZED,
ReplyDeletemengenai projek pagar backlane tu, PPIJ cadangkan agar ia menjadi projek mini antara pemilik2 rumah jalan masing2... sama-sama berbincang, pilih ketua, collect duit dan uruskan bersama antara jiran menyebelah. Semoga kita lebihi kenal mengenali. Maklumlah ramai antara kita yang belum kenal... eratkan persaudaraan sesama jiran tetangga
Salam Tuan,
ReplyDeleteAda apa-apa masalah tak yang mungkin berbangkit dari jabatan bomba misalnya??
Elok rujuk dulu dgn jabatan bomba kna setahu saya backlane tu antara lain mmg utk laluan bomba sekiranya ada berlakunya kebakaran.
ReplyDeleteInsha Allah, kita akan dapatkan pandangan pihak BOMBA mengenai perkara ini.
ReplyDelete