Satu lagi projek kelolaan Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya. Hasil kutipan yuran penduduk Impian Jaya bagi tahun 2009, sebahagiannya telah digunakan untuk menampung kos pemasangan 'gate' di dua pintu masuk utama Impian Jaya. Pemasangan 'gate' keselamatan ini merupakan salah satu daripada keutamaan PPIJ hasil maklumbalas ramai ahli kariah yang mencadangkan mewujudkan mekanisme kawalan keselamatan yang lebih baik.
Tahun 2010, PPIJ bercadang untuk menambahbaik pelan keselamatan Impian Jaya dengan melantik kontraktor pembekal kawalan keselamatan. Namun begitu, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan maklumbalas dari keseluruhan penduduk Impian Jaya amatlah diperlukan bagi meneruskan pelan keselamatan ini.
Kenali Jiran Kita!! .. Insha Allah tahap keselamatan taman dapat dipertingkatkan.
ada 1 persoalan??? siapa ditugaskan utk buka & tutup gate tu???
ReplyDeletebuat masa ni kita lah kena gilir2 bukak tutup gate waktu malam. Amacam? boleh ke? he he he. Untuk makluman, Dato' Pengerusi telah membangkitkan cadangan supaya kita engage satu kontraktor keselamatan, tapi kajian lanjut perlu dibuat. Adakah penduduk bersetuju untuk kita engage syarikat kawalan keselamatan? Adakah sanggup semua (baca= semua penduduk) mengeluarkan perbelanjaan serendah cthnya RM20 sebulan utk kos keselamatan? Atau sekiranya semua penduduk setuju dan tak kisah dengan bayaran RM20 sebulan... adakah semua sanggup untuk bayar tiap2 bulan tepat pada masanya?
ReplyDeleteSering kali kedengaran banyak taman perumahan yang engage syarikat keselamatan atas persetujuan penduduk, tetapi malangnya hanya bertahan beberapa tahun atau kekadang tu hanya beberapa bulan dek kerana liat untuk mengeluarkan sumbangan bulanan.
Pon begitu, sekiranya nanti semua penduduk bersetuju dengan keputusan PPIJ untuk melantik kontraktor keselamatan. Makanya, satu mekanisma bayaran, kaedah kutipan duit dll terbaik akan difikirkan. Kena kerja lebih sikitlah AJK PPIJ. Mungkin kita boleh fikirkan perkara2 di bawah:
1) Kutipan tahunan dibuat terus (kutipan bulanan memerlukan masa)
2) AJK yang dilantik yang mewakili setiap jalan di Impian Jaya perlu jadi 'Amil' untuk menguruskan kutipan yuran keselamatan (juga yuran persatuan)
3) Atas usaha dan masa yang dicurahkan oleh 'Amil' tadi mungkin sebagai ganjaran kita hanya kenakan pada amil tadi bayaran yuran 50% sahaja
4) Diskaun RM20 mungkin untuk yang jelaskan yuran keselamatan tahunan
5) dan banyak lagi
kutipan setahun mungkin terlalu byk...total RM240..mungkin ada yang x setuju...myngkin boleh dibuat kutipan utk tempoh 6 bulan sekali. so 2 kali setahun...
ReplyDeleteSaya setuju dengan peningkatan keselamatan perumahan IJ dengan pemasangan gate di dua laluan tersebut dan bayaran untuk kos keselamatan. Syabas buat PPIJ.
ReplyDeleteMasalah saya ialah bagi penduduk sepanjang Jalan Impian Jaya yang berhadapan dengan jalan besar, tiada ciri-ciri keselamatan kerana tiadanya penghadang jalan (railing)dari jalan raya tersebut ke kawasan perumahan, yang ada hanyalah longkang kecil sebagai pembahagi jalan; dengan mudah kenderaan terutamanya MOTOSIKAL berhenti di tepi jalan dan masuk ke kawasan perumahan IJ.
Railing jalanraya tersebut di bawah tanggungjawab pihak mana??