Tuesday, January 12, 2010

PENTING!! Kejadian Pecah Rumah Pertama di Tahun 2010


Pihak PPIJ menerima maklum bahawa pada 11 Januari 2010 yang lalu berlaku 2 kejadian pecah rumah di Jalan Impian Jaya 3 (Tuan Hj Abdul Kadir Abdul Rahman) dan Jalan 4 (Tuan Hj Zamzuri Hj Said). PPIJ mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa.

Insha Allah, PPIJ sedaya upaya akan mempercepatkan urusan berkaitan dengan kawalan keselamatan. Mesyuarat tergempar akan diadakan dengan kadar segera. Saya secara peribadi juga berharap agar kawalan keselamatan dapat dimulakan seawal Februari 2010.

Kerjasama semua penduduk amat-amat diperlukan bagi meminimumkan risiko kecurian di kawasan taman perumahan kita.

Semoga Allah swt memelihara kita semua dan dijauhi dari sebarang musibah.





1 comment:

  1. guard perlu dipercepatkan. Tp guard house x de lg. Kalo hujan guard tu nak berteduh kat mana lak kan. So, kesimpulannya kena sediakan temporary canopy kot.

    ReplyDelete