Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432



Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua penduduk Impian Jaya. Semoga segala amalan baik sepanjang tahun 1431 diterima Allah swt hendaknya. Berdoalah dan berusahalah supaya tahun 1432 yang bakal menjelma akan diisi dengan segala penambahbaikan dan kebaikan ... Amin

Bersama-sama ini disertakan doa awal & akhir tahun hijrah. Sekiranya, sukar dibaca, tuan/puan boleh klik pada pautan ini :

http://surau.townplan.gov.my/surau/ebook/DoaAwalAkhir.pdf



PPIJ

Friday, November 12, 2010

Salam Aidiladha


Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk Impian Jaya. Kepada mereka yang tidak pulang ke kampung sertailah majlis Ibadah Qurban di Surau Saujana Impian.

Kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga semua selamat pergi dan balik. Pastikan rumah berkunci dengan baik dan pasangkan lampu di luar rumah anda.

Terima kasih.


Tuesday, November 9, 2010

Parking Kenderaan Anda : Pastikan Tidak Menghalang Jiran / Lalu lintas



Persatuan Penduduk Impian Jaya telah menerima panggilan telefon, sms dan pelbagai medium perhubungan lain yang menyatakan bahawa kenderaan jiran tetangga mereka menghalang lalu lintas. Lebih mendukacitakan lagi, segelintir jiran tetangga suka meletakkan kenderaan mereka dihadapan pagar rumah jiran yang lain sehingga menyukarkan jiran untuk keluar masuk.

Sehubungan dengan itu, sukacita saya mengingatkan diri saya sendiri dan juga kepada semua penduduk Impian Jaya akan senantiasa berhemah dalam meletakkan kenderaan masing-masing supaya tidak mengganggu orang lain. Seboleh-bolehnya jiran tetangga hendaklah saling kenal mengenali dan bermuafakat bagaimana ingin menyusun atur kenderaan supaya tidak mengganggu satu sama lain.

Terima kasih atas kerjasama semua.


Persatuan Penduduk Impian Jaya

Saturday, November 6, 2010

Penstrukturan Semula Laluan di Lampu Isyarat Saujana Impian: Membahayakan NYAWA!





Perbincangan awal mengenai penubuhan satu Jawatan Kuasa Bertindak bagi membantah penstrukturan semula kaedah laluan di persimpangan lampu isyarat Saujana Impian. Perbincangan ini telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 4 November 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Restoran Shifan, Impian Murni


Untuk laporan perbincangan, sila klik pada pautan http://impiansetiasaujanaimpian.blogspot.com/2010/11/perbincangan-awal-4-nov-2010-jalan.html (terima kasih kepada Tuan Hj Shaiful Kharidan, Impian Setia atas laporan tersebut).

Mohon sokongan semua warga penduduk di Saujana Impian.

Terima kasih.



Monday, November 1, 2010

Happy Deepavali




Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada jiran tetangga penganut agama Hindu di Impian Jaya, Selamat Menyambut Hari Deepavali.

Sekiranya tuan/puan bercuti dan pulang ke kampung halaman, sila maklumkan kepada jiran tetangga sebagai langkah keselamatan.

Terima kasih.

Wednesday, October 20, 2010

Para Dermawan : Sahutlah Seruan Surau Saujana Impian, Kajang






Assalamualaikum wrt wbt

Para Dermawan Yang Budiman,


Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) ingin mengambil kesempatan ini untuk memanjangkan makluman dan iklan mengenai Rayuan Sumbangan Amanah Saham Akhirat Surau Saujana Impian, Kajang bagi membangunkan 2 unit rumah imam, sebuah sekolah agama dan beberapa unit rumah kedai...

No Akaun Bank Islam (Surau Saujana Impian) :
1209 2010 00 4744


Ayuh! Berlumba-lumbalah kita dalam mengerjakan amal kebajikan. Semoga segala sumbangan dan amal jariah pada dermawan sekalian dibalas dengan redho Allah swt.

Sekian, harap maklum.

Tuesday, October 12, 2010

Ancaman Kecurian & Pecah Rumah Meningkat

PERHATIAN SEMUA PENDUDUK IMPIAN JAYA !!!


Sepanjang minggu bulan Syawal ini, kejadian kecurian, cubaan pecah rumah dan pecah rumah telah beberapa kali dilaporkan oleh penduduk. Kebanyakkan kes yang dilaporkan adalah disebelah siang iaitu sekitar tengahari dan menjelang maghrib. Antara modus operandi yang telah dikenalpasti adalah:

  1. sesi tinjauan oleh 3-4 individu dengan memandu kereta (iswara biru);
  2. membaling batu ke bumbung oleh 'individu' bertudung - dipercayai untuk mengaburi niat untuk mencuri. sekiranya, tiada respon tindakan pecah rumah akan dibuat oleh beberapa individu (lelaki) lain selepas itu.


APA TINDAKAN PERSATUAN PENDUDUK?

  1. Mempercepatkan usaha membangunkan Pondok Pengawal II (sebelah Kajang-by-pass).
  2. Telah memulakan kerja-kerja pembanngunan pagar di Jalan Kajang By Pass sehingga traffic light
  3. Menambah seorang lagi pengawal keselamatan pada waktu siang.
  4. Menyusun atur /menambah baik perjalanan kawalan keselamatan.
  5. Bercadang untuk menutup terus palang besi di sebelah Jalan Kajang By Pass pada hari bekerja (Mohon maklumbalas semua penduduk impian jaya khususnya mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah)


APA TINDAKAN SEMUA PENDUDUK?

  1. Bersama-sama meningkatkan tahap keselamatan kediaman masing-masing
  2. Simpan Nombor Telefon Polis Kajang (03-8736 2222), Guard SIANG (017-3568594), Guard MALAM (016-3700831), Pengurus Kawalan Keselamatan (019-2535102) dan yang utama jiran-jiran terdekat masing-masing.
  3. Pastikan jiran depan-belakang-kanan-kiri WAJIB dikenali.
  4. Ayuh! Bantulah dan sertailah semua penduduk. Jelaskan Yuran Keselamatan.
  5. Berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan penduduk dan dijauhi dari sebarang musibah.


Sekiranya tuan/puan ada sebarang cadangan, sila tulis cadangan tuan/puan melalui komen di bawah.

Terima kasih.


"KESELAMATAN KITA ... TANGGUNGJAWAB BERSAMA"