Showing posts with label Keselamatan. Show all posts
Showing posts with label Keselamatan. Show all posts

Tuesday, October 12, 2010

Ancaman Kecurian & Pecah Rumah Meningkat

PERHATIAN SEMUA PENDUDUK IMPIAN JAYA !!!


Sepanjang minggu bulan Syawal ini, kejadian kecurian, cubaan pecah rumah dan pecah rumah telah beberapa kali dilaporkan oleh penduduk. Kebanyakkan kes yang dilaporkan adalah disebelah siang iaitu sekitar tengahari dan menjelang maghrib. Antara modus operandi yang telah dikenalpasti adalah:

  1. sesi tinjauan oleh 3-4 individu dengan memandu kereta (iswara biru);
  2. membaling batu ke bumbung oleh 'individu' bertudung - dipercayai untuk mengaburi niat untuk mencuri. sekiranya, tiada respon tindakan pecah rumah akan dibuat oleh beberapa individu (lelaki) lain selepas itu.


APA TINDAKAN PERSATUAN PENDUDUK?

  1. Mempercepatkan usaha membangunkan Pondok Pengawal II (sebelah Kajang-by-pass).
  2. Telah memulakan kerja-kerja pembanngunan pagar di Jalan Kajang By Pass sehingga traffic light
  3. Menambah seorang lagi pengawal keselamatan pada waktu siang.
  4. Menyusun atur /menambah baik perjalanan kawalan keselamatan.
  5. Bercadang untuk menutup terus palang besi di sebelah Jalan Kajang By Pass pada hari bekerja (Mohon maklumbalas semua penduduk impian jaya khususnya mereka yang mempunyai anak-anak bersekolah)


APA TINDAKAN SEMUA PENDUDUK?

  1. Bersama-sama meningkatkan tahap keselamatan kediaman masing-masing
  2. Simpan Nombor Telefon Polis Kajang (03-8736 2222), Guard SIANG (017-3568594), Guard MALAM (016-3700831), Pengurus Kawalan Keselamatan (019-2535102) dan yang utama jiran-jiran terdekat masing-masing.
  3. Pastikan jiran depan-belakang-kanan-kiri WAJIB dikenali.
  4. Ayuh! Bantulah dan sertailah semua penduduk. Jelaskan Yuran Keselamatan.
  5. Berdoa semoga Allah memudahkan segala urusan penduduk dan dijauhi dari sebarang musibah.


Sekiranya tuan/puan ada sebarang cadangan, sila tulis cadangan tuan/puan melalui komen di bawah.

Terima kasih.


"KESELAMATAN KITA ... TANGGUNGJAWAB BERSAMA"



Tuesday, May 18, 2010

Jenayah Pecah Rumah & Kaedah Pencegahannya Oleh PDRM

Artikel ini disalin dari laman web Polis Diraja Malaysia. http://www.rmp.gov.my/base.cfm?path=main/pencegahan.cfm?mod=21&recID=FJPUS97Auq8=


PECAH RUMAH

CARA MENCEGAHNYA:

PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL

· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.

· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.

· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.

· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.

· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.

· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.


LANGKAH BERJAGA-JAGA

· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.

· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.

· Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.

· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.

· Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.

· Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.

· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.

· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.



Saturday, May 8, 2010

Kaunter Bayaran Yuran Keselamatan Kini Dibuka



Hari ini - 8 Mei 2010 (Sabtu) bermula jam 9.00 - 11.00 pagi beberapa wakil Persatuan Penduduk Impian Jaya telah membuka Kaunter Kutipan Yuran Keselamatan. Maka dengan ini, sukacita dimaklumkan, bagi memudahkan urusan bayaran yuran keselamatan dan yuran persatuan, penduduk boleh berbuat demikian pada setiap Hari Sabtu bermula jam 9.00 - 11.00 pagi di Pos Kawalan Impian Jaya.

Harap Maklum.


Thursday, April 29, 2010

Wakil Kutipan Yuran Keselamatan



Bayaran yuran keselamatan boleh dibuat melalui wakil-wakil persatuan seperti berikut:

Wakil 1

Dato' Hj Zakaria Abd Hamid

No. 55, Jalan Impian Jaya

Tel: 019-3255999


Wakil 2

Lt. Kol. Mohd Fuaad Bin Mohd Yunus

No. 58, Jalan Impian Jaya 5

Tel: 012-3996257


Wakil 3

Encik Adi Sulaiman

No. 2, Jalan Impian Jaya 6

Tel: 012-3919743


Disamping itu juga, pihak persatuan turut akan membuka kaunter bayaran pada setiap Hari Sabtu bermula pada 8 Mei 2010 jam 9.00 – 11.00 pagi di Pos Kawalan Keselamatan Jalan Impian Jaya 5 (pintu masuk bersebelahan Jalan Melur).

Tuesday, January 12, 2010

PENTING!! Kejadian Pecah Rumah Pertama di Tahun 2010


Pihak PPIJ menerima maklum bahawa pada 11 Januari 2010 yang lalu berlaku 2 kejadian pecah rumah di Jalan Impian Jaya 3 (Tuan Hj Abdul Kadir Abdul Rahman) dan Jalan 4 (Tuan Hj Zamzuri Hj Said). PPIJ mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa.

Insha Allah, PPIJ sedaya upaya akan mempercepatkan urusan berkaitan dengan kawalan keselamatan. Mesyuarat tergempar akan diadakan dengan kadar segera. Saya secara peribadi juga berharap agar kawalan keselamatan dapat dimulakan seawal Februari 2010.

Kerjasama semua penduduk amat-amat diperlukan bagi meminimumkan risiko kecurian di kawasan taman perumahan kita.

Semoga Allah swt memelihara kita semua dan dijauhi dari sebarang musibah.





Sunday, December 27, 2009

Soal Selidik Penduduk I: Kemudahan Kawalan Keselamatan


Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Impian Jaya pada 17 Disember 2009 yang lalu telah memutuskan untuk melaksanakan kaedah kawalan keselamatan berjadual di Jalan Impian Jaya, Saujana Impian. Butiran lanjut (cadangan pelaksanaan) adalah seperti berikut:

  1. Membina 2 pintu pagar di dua laluan utama (telah siap dibina);
  2. Membina/ membeli 2 pondok keselamatan;
  3. Melantik syarikat kawalan keselamatan dengan dua pengawal;
  4. Tempoh kawalan adalah bermula dari jam 1.00 pagi hingga 6.00 pagi;
  5. Dalam tempoh kawalan, hanya pagar di laluan bersebelahan Jalan Melur akan dibuka manakala bersebelahan jalan besar (highway) akan ditutup;
  6. Yuran perkhidmatan kawalan keselamatan yang ditetapkan adalah RM20.00 sebulan setiap rumah;
  7. Setiap rumah yang telah menjelaskan yuran persatuan akan diberikan 2 pelekat kereta dan 1 pelekat motosikal secara percuma. Pelekat tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM2.50 setiap pelekat;
  8. Kutipan akan dibuat secara berkala iaitu 3 bulan sekali (tarikh pelaksanaan ditentukan kemudian);
  9. Penduduk wajib menyerahkan yuran keselamatan kepada wakil persatuan yang berhampiran dengan rumah masing-masing pada tarikh yang akan ditentukan (sila rujuk senarai AJK yang berhampiran dengan rumah tuan/puan) - tuan/puan juga boleh menyerahkan yuran tahunan persatuan melalui wakil-wakil tersebut;
  10. Sila buat undian di ruangan sebelah kanan laman blog ini bagi melihat sejauhmana penduduk bersetuju ke arah mewujudkan komuniti yang mempunyai kawalan keselamatan.

Justeru, maklumbalas dan komen tuan/puan amat kami perlukan dalam menambahbaik pelaksanaan pelan kawalan keselamatan ini. Terima kasih.


Lagi.. dan Lagi Kejadian Pecah Rumah




Minggu ke 4 Disember (20 - 26 Disember 2009) menyaksikan sebanyak tiga buah rumah penduduk di Impian Jaya telah dipecah masuk oleh pencuri. Walaupun PPIJ dimaklumkan terdapat kehilangan banyak barangan berharga, namun sebaliknya kita juga harus memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana ia tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa. Sebagai peringatan kita semua harus berwaspada dengan meningkatkan tahap keselamatan di samping mempereratkan semangat kejiranan.

Justeru, bertepatan dengan hasrat penduduk Impian Jaya, pihak PPIJ sedang berusaha ke arah mewujudkan komuniti berpintu pagar (di dua pintu masuk utama) dan juga bantuan rondaan dari syarikat keselamatan. Adakah anda semua bersedia ke arah itu?

PPIJ juga ingin mencadangkan dan menggalakkan permuafakatan antara jalan-jalan di Impian Jaya dengan pemasangan jeriji besi di laluan belakang rumah (back lane). Melalui permuafakatan ini, semua pemilik rumah boleh berbincang dan melantik seorang ketua bagi menentukan kutipan yang akan dikenakan bagi pemasangan jeriji besi tersebut. Sedia maklum apabila bilangan rumah banyak maka kos pemasangan boleh diagihkan sama rata dan secara tidak langsung kutipan yang lebih rendah boleh dibuat. Sebahagian pemilik rumah di jalan Impian Jaya 4 & 5 telah lama melaksanakan projek ini. Bagaimana pula dengan belakang rumah anda???

Bersama PPIJ ke arah mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan sejahtera.

Sekian

Tuesday, December 15, 2009

1 Lagi Projek Keselamatan Persatuan Penduduk Impian Jaya





Satu lagi projek kelolaan Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) sebelum tahun 2009 melabuhkan tirainya. Hasil kutipan yuran penduduk Impian Jaya bagi tahun 2009, sebahagiannya telah digunakan untuk menampung kos pemasangan 'gate' di dua pintu masuk utama Impian Jaya. Pemasangan 'gate' keselamatan ini merupakan salah satu daripada keutamaan PPIJ hasil maklumbalas ramai ahli kariah yang mencadangkan mewujudkan mekanisme kawalan keselamatan yang lebih baik.

Tahun 2010, PPIJ bercadang untuk menambahbaik pelan keselamatan Impian Jaya dengan melantik kontraktor pembekal kawalan keselamatan. Namun begitu, perkara ini masih lagi dalam perbincangan dan maklumbalas dari keseluruhan penduduk Impian Jaya amatlah diperlukan bagi meneruskan pelan keselamatan ini.

Kenali Jiran Kita!! .. Insha Allah tahap keselamatan taman dapat dipertingkatkan.



Tuesday, December 8, 2009

22 Tips Keselamatan Berguna

22 Tips Keselamatan Berguna

--------------------------------------------------------------
Nota:
Artikel ini diambil dari http://www.saujanautama3.com/?p=860. Tips ini dikongsi oleh Pengerusi PPSU3 (Azman Jamaludin aka Baginda aka Mr Presiden). Ucapan terima kasih ditujukan kepada beliau...
--------------------------------------------------------------

Anda mungkin pernah membacanya di mana-mana but kadang-kadang kita as manusia ni sometime terlupa. Worth to read as langkah berjaga-jaga untuk keselamatan rumah dan family kita.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ….).

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam, cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat . Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni…). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00 malam).

*Source - Bukit Aman PDRM **