| Selamat Datang - Ahlan Wa Sahlan - Welcome | ke Laman Blog Persatuan Penduduk Impian Jaya, Saujana Impian Kajang.
Thursday, June 3, 2010
Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Telah Bermula: Apa Komen atau Cadangan Lain Anda?
Tuesday, June 1, 2010
Projek Pembangunan Pagar Keselamatan : Jawapan Kepada Maklumbalas Saudara/Sauadri "GUEST'
- kick-off telah dimulakan pada Februari 2010 (pihak yg telah dirujuk oleh persatuan adalah MPKj, Adun Kajang, LLM, Grand Saga, Kementerian Kerja Raya)
- Pembangunan di buat di sebelah Jalan kajang by pass
- Pembangunan tidak boleh dilaksanakan dengan kadar segera memandangkan wujud isu-isu yang bersifat 'nasional', status selenggara, isu tanah dan sebagainya...
- Pembangunan pagar dalam kawasan perumahan bukan menjadi tanggungjawab MPKj tetapi pemaju
- Projek perumahan kita telah berusia hampir 20 tahun. Pemajunya dimana? ... ada
- Juga tiada klausa2 yang boleh memaksa pihak2 yang mengaut keuntungan banyak hasil daripada 'kesengsaraan' kita seperti GrandSaga, LEKAS, TESCO dll melainkan kesedaran syarikat ini untuk melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat
- Oleh kerana itu, persatuan bermula pada Januari 2010 telah menggerakkan aktiviti untuk mengumpul dana/ mendapatkan penajaan dll bagi menampung kos pembangunan pagar tersebut... (perkara ini sekiranya tuan/puan hadir ke aktiviti persatuan atau sering bergaul dengan masyarakat setempat.. pastinya sedikit maklumat mengenai projek pagar ini akan diketahui)... Maklumat lengkap mengenainya sengaja tidak didedahkan oleh persatuan.
- Kini persatuan telah mendapat sedikit dana, tetapi masih kurang mencukupi. Hasrat untuk mengadakan gotong royong juga dibantah. Sekiranya dilakukan secara gotong royong, maka kos pembinaan pagar dapat dikurang.
- Persatuan juga mengeluarkan sedikit duit hasil dari kutipan yuran tahunan penduduk
- Jalan terakhir adalah dengan mendapatkan sumbangan penduduk sebagai tambahan kepada dana tersebut.
Tuesday, May 18, 2010
Jenayah Pecah Rumah & Kaedah Pencegahannya Oleh PDRM
PECAH RUMAH
CARA MENCEGAHNYA:
PERLINDUNGAN SECARA FIZIKAL
· Pasangkan 'door viewer', penyelak pintu utama.
· Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
· Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
· Simpan tangga dan alat-alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakan ia untuk memasuki rumah anda.
· Potong ranting-ranting pokok dan semak-samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
· Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.
LANGKAH BERJAGA-JAGA
· Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
· Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter elektrik di luar rumah anda.
· Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
· Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
· Hentikan hantaran (contoh: surat khabar) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
· Biarkan radio terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
· Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda dalam peti simpanan keselamatan.
· Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.
Saturday, May 8, 2010
Kaunter Bayaran Yuran Keselamatan Kini Dibuka


Thursday, April 29, 2010
Wakil Kutipan Yuran Keselamatan

Bayaran yuran keselamatan boleh dibuat melalui wakil-wakil persatuan seperti berikut:
Wakil 1
Dato' Hj Zakaria Abd Hamid
No. 55, Jalan Impian Jaya
Tel: 019-3255999
Wakil 2
Lt. Kol. Mohd Fuaad Bin Mohd Yunus
No. 58, Jalan Impian Jaya 5
Tel: 012-3996257
Wakil 3
Encik Adi Sulaiman
No. 2, Jalan Impian Jaya 6
Tel: 012-3919743
Disamping itu juga, pihak persatuan turut akan membuka kaunter bayaran pada setiap Hari Sabtu bermula pada 8 Mei 2010 jam 9.00 – 11.00 pagi di Pos Kawalan Keselamatan Jalan Impian Jaya 5 (pintu masuk bersebelahan Jalan Melur).
Monday, April 26, 2010
Tuesday, April 6, 2010
GOTONG ROYONG & TAKLIMAT KAWALAN KESELAMATAN
- Tarikh : 18 April 2010 (Ahad)
- Masa : 8.30 pagi
- Tempat : Padang Permainan Impian Jaya, Jalan Impian Jaya 5
- Yuran Bulanan adalah RM30
- Bayaran dibuat kepada AJK Persatuan (wakil setiap jalan)
- Kawalan 12 jam (7.00 malam - 7.00 pagi) - Fasa Pertama
- 1 Pos Kawalan akan dibangunkan dalam bulan April (di pintu masuk Jalan Melur)
- Palang besi di sebelah Jalan Kajang By Pass akan ditutup bermula 12.00 tengah malam. Akan dibuka pada jam 6.00 pagi. (perlukan maklumbalas semua)




