Wednesday, December 30, 2009

Forum Perdana Daerah Hulu Langat

Sukacita PPIJ ingin memanjangkan makluman mengenai Program Forum Perdana Daerah Hulu Langat seperti berikut:

  • Tarikh : 8 Januari 2010 (Jumaat)
  • Masa : Bermula Sholat Maghrib
  • Tempat : Surau Saujana Impian, Kajang
  • Penceramah : Ustaz Dato' Ismail Kamus & Ustaz Roslan Mohamed
Program ini adalah anjuran bersama JAIS dan Surau Saujana Impian, Kajang.

Muslimin/Muslimat dijemput hadir.



Selamat Menyambut Tahun Baru 2010


Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010. Semoga ukhuwah sesama kita lebih erat terjalin, saling bekerjasama untuk kesejahteraan semua.

1) Berhati-hati sekiranya pulang bercuti di kampung halaman.
2) Pantau gerak geri anak-anak muda kita semasa malam tahun baru.
3) Kurangkan hiburan yang sememangnya melalaikan di malam tahun baru.
4) Jenguk2 dan intai2 persekitaran rumah kita


Semoga selamat semuanya!!

Sunday, December 27, 2009

Soal Selidik Penduduk II: Tabung Khairat Kematian




Persatuan Penduduk Impian Jaya bercadang untuk menyertai Skim Pelan Takaful Keluarga Berkelompok (Khairat Kematian). Maklumat lanjut mengenai skim khairat kematian berkelompok adalah seperti berikut:

  • Sumbangan tahunan sebanyak RM15 setiap unit keluarga
  • Penyertaan minimum adalah 20 keluarga
  • Skop perlindungan - kematian akibat penyakit atau kemalangan SAHAJA
  • Manfaat kematian ahli & pasangan (18-65 tahun) - RM1,000.00
  • Manfaat kematian ahli & pasangan (66 - 75 tahun) - RM500.00
  • Manfaat kematian anak-anak (maksimum 4 kematian) - RM500.00

Perlu dinyatakan di sini bahawa skim khairat kematian adalah satu bentuk perlindungan dan bukannya simpanan. Buat masa ini persatuan masih belum memuktamadkan syarikat takaful yang akan dipilih. Sukacita dimaklumkan bahawa, kebanyakkan syarikat takaful menawarkan pelan yang lebih kurang sama antara satu sama lain.

Soal selidik ini penting bagi membantu pihak persatuan dalam menguruskan hal ehwal berkaitan dengan skim khairat kematian ini.

Apakah pandangan tuan/puan mengenai cadangan ini? Sila kemukakan komen tuan/puan di bawah.

Terima kasih.




Soal Selidik Penduduk I: Kemudahan Kawalan Keselamatan


Mesyuarat AJK Persatuan Penduduk Impian Jaya pada 17 Disember 2009 yang lalu telah memutuskan untuk melaksanakan kaedah kawalan keselamatan berjadual di Jalan Impian Jaya, Saujana Impian. Butiran lanjut (cadangan pelaksanaan) adalah seperti berikut:

  1. Membina 2 pintu pagar di dua laluan utama (telah siap dibina);
  2. Membina/ membeli 2 pondok keselamatan;
  3. Melantik syarikat kawalan keselamatan dengan dua pengawal;
  4. Tempoh kawalan adalah bermula dari jam 1.00 pagi hingga 6.00 pagi;
  5. Dalam tempoh kawalan, hanya pagar di laluan bersebelahan Jalan Melur akan dibuka manakala bersebelahan jalan besar (highway) akan ditutup;
  6. Yuran perkhidmatan kawalan keselamatan yang ditetapkan adalah RM20.00 sebulan setiap rumah;
  7. Setiap rumah yang telah menjelaskan yuran persatuan akan diberikan 2 pelekat kereta dan 1 pelekat motosikal secara percuma. Pelekat tambahan akan dikenakan bayaran sebanyak RM2.50 setiap pelekat;
  8. Kutipan akan dibuat secara berkala iaitu 3 bulan sekali (tarikh pelaksanaan ditentukan kemudian);
  9. Penduduk wajib menyerahkan yuran keselamatan kepada wakil persatuan yang berhampiran dengan rumah masing-masing pada tarikh yang akan ditentukan (sila rujuk senarai AJK yang berhampiran dengan rumah tuan/puan) - tuan/puan juga boleh menyerahkan yuran tahunan persatuan melalui wakil-wakil tersebut;
  10. Sila buat undian di ruangan sebelah kanan laman blog ini bagi melihat sejauhmana penduduk bersetuju ke arah mewujudkan komuniti yang mempunyai kawalan keselamatan.

Justeru, maklumbalas dan komen tuan/puan amat kami perlukan dalam menambahbaik pelaksanaan pelan kawalan keselamatan ini. Terima kasih.


Sekalung Penghargaan Kepada Penduduk Yang Telah Menjelaskan Yuran Persatuan Tahun 2009





Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua penduduk Impian Jaya yang telah menjelaskan yuran tahunan persatuan bagi tahun kewangan 2009. Sumbangan tuan/puan amat dihargai membantu persatuan melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan di masa akan datang.

Sila semak senarai nama penduduk yang telah menjelaskan yuran tahun 2009 seperti pautan di atas (dikemaskini sehingga 7 Disember 2009). Tuan/puan yang belum berkesempatan untuk menjelaskan yuran 2009, sila berbuat demikin dengan kadar segera. Sekiranya terdapat sebarang maklumbalas, tuan/puan diminta untuk mencatatkannya di ruangan 'komen' atau melalui email persatuan ppimpianjaya@gmail.com.

Sukacita dimaklumkan, tuan/puan juga boleh menjelaskan yuran persatuan (RM60.00 setahun) bagi tahun 2010 bermula sekarang melalui ahli jawatankuasa persatuan (Sila rujuk wakil persatuan yang hampir dengan rumah tuan/puan) seperti berikut:

Jalan Impian Jaya
1) Y. Bhg. Dato' Hj. Zakaria - (No. 55, Jln Impian Jaya)
2) Kapt (B) Hj Mohd Zamani Bin Embong - (No. 17, Jln Impian Jaya)

Jalan Impian Jaya 1/2/3
1) Tuan Hj Hussain Bin Abd Rahman - (No. 11, Jln Impian Jaya 1)

Jalan Impian Jaya 4
1) Encik Mohammad Sabri Bin Said - (No. 47, Jln Impian Jaya 4)
2) Tuan Hj Abd Manaf Bin Hj Ramli - (No. 51, Jln Impian Jaya 4)
3) Puan Puteh Bte Hashim - (No. 20, Jln Impian Jaya 4)

Jalan Impian Jaya 5
1) Tuan Hj Muhammad Mahdi bin Abd Samad - (No. 56, Jln Impian Jaya 5)
2) Lt. Kol Mohd Fuaad bin Mohd Yunus - (No. 58, Jln Impian Jaya 5)
3) Encik Zubir bin Sidik - (No. 6, Jln Impian Jaya 5)

Jalan Impian Jaya 6
1) Encik Sha'rani Bin Mohd Yasin - (No. 14, Jln Impian Jaya 6)

Jalan Impian Jaya 7
1) Encik Azwan Bin Mohamed - (No. 1, Jln Impian Jaya 7)
2) Tuan Hj Mohd Nawi Bin Awang - (No. 16, Jln Impian Jaya 7)

Jalan Impian Jaya 8
1) Encik Ahmad Budaya Bin Ismail- (No. 15, Jln Impian Jaya 8)
2) Encik Suhaimi Bin Zainal- (No. 7, Jln Impian Jaya 8)

Jalan Impian Jaya 9
1) Encik Sabri Bin Shafii - (No. 17, Jln Impian Jaya 9)

Jalan Impian Jaya 10/11
1) Tuan Hj Mohammad Hazani Bin Hj Hassan - (No. 6, Jln Impian Jaya 10)
2) Encik Zainurin Bin Hj Karman - (No. 6, Jln Impian Jaya 10)

Jalan Impian Jaya 12/13
1) Tuan Hj Rahazi bin Razak - (No. 6, Jln Impian Jaya 13)


Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.


Lagi.. dan Lagi Kejadian Pecah Rumah




Minggu ke 4 Disember (20 - 26 Disember 2009) menyaksikan sebanyak tiga buah rumah penduduk di Impian Jaya telah dipecah masuk oleh pencuri. Walaupun PPIJ dimaklumkan terdapat kehilangan banyak barangan berharga, namun sebaliknya kita juga harus memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana ia tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa. Sebagai peringatan kita semua harus berwaspada dengan meningkatkan tahap keselamatan di samping mempereratkan semangat kejiranan.

Justeru, bertepatan dengan hasrat penduduk Impian Jaya, pihak PPIJ sedang berusaha ke arah mewujudkan komuniti berpintu pagar (di dua pintu masuk utama) dan juga bantuan rondaan dari syarikat keselamatan. Adakah anda semua bersedia ke arah itu?

PPIJ juga ingin mencadangkan dan menggalakkan permuafakatan antara jalan-jalan di Impian Jaya dengan pemasangan jeriji besi di laluan belakang rumah (back lane). Melalui permuafakatan ini, semua pemilik rumah boleh berbincang dan melantik seorang ketua bagi menentukan kutipan yang akan dikenakan bagi pemasangan jeriji besi tersebut. Sedia maklum apabila bilangan rumah banyak maka kos pemasangan boleh diagihkan sama rata dan secara tidak langsung kutipan yang lebih rendah boleh dibuat. Sebahagian pemilik rumah di jalan Impian Jaya 4 & 5 telah lama melaksanakan projek ini. Bagaimana pula dengan belakang rumah anda???

Bersama PPIJ ke arah mewujudkan komuniti yang lebih selamat dan sejahtera.

Sekian

Thursday, December 17, 2009

Ahlan Wa Sahlan 1431H

Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru Hijrah 1431. Semoga tahun 1431H ini akan menjanjikan kelebihan dan kebaikan kepada mereka yang berusaha ke arah kebaikan.
Doa awal Tahun Hijrah
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Doa akhir Tahun Hijrah

Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".