Monday, March 29, 2010

Lawatan Y.B. Adun Kajang Ke Impian Jaya, Saujana Impian





Pada 12 Mac 2010 (Jumaat) yang lalu Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) telah berbesar hati menerima kunjungan Adun Kajang Yang Berhormat Cikgu Lee dan rombongannya seramai lebih kurang 15 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis Kajang, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan beberapa orang wartawan.

Lawatan rombongan YB Cikgu Lee merupakan maklumbalas awal kepada surat PPIJ kepada pihak MPKj dan Adun Kajang mengenai beberapa isu berkaitan keselamatan dan keselesaan hidup penduduk Impian Jaya. Antara isu yang dibincangkan adalah pembangunan 'Sound Barrier', pemasangan pagar keselamatan di sepanjang Jalan Impian Jaya (dan juga seluruh kawasan perumahan Impian Jaya), tanggungjawab MPKj dalam urusan kebersihan kawasan setempat dan banyak lagi.

Antara hasil pertemuan antara PPIJ dengan rombongan YB Cikgu Lee, dapat disimpulkan:

  1. Bersetuju untuk menyalurkan bantuan untuk projek pembangunan pagar di Impian Jaya (keutamaan adalah sepanjang Jalan Impian Jaya);
  2. Bersetuju untuk membawa cadangan pembangunan 'Sound Barrier' kepada pihak-pihak berkaitan seperti JKR, MPKj, Grand Saga dan lain-lain;
  3. Mengambil maklum akan peruntukan 'resurface' jalan-jalan di Impian Jaya;
  4. Bersetuju membuat pemantauan pembersihan/penyelenggaraan longkang yang tidak konsisten;

Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa supaya segala yang dirancang untuk keselesaan dan keselamatan semua penduduk dipermudahkan oleh Allah swt. Kerjasama semua penduduk juga amat diharapkan.

Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang komen/pandangan yang membina sila berbuat demikian di ruangan 'komen'.




Wednesday, March 3, 2010

Peserta Khairat Kematian Tahun 2010 (Fasa I)

Sukacita dimaklumkan bahawa penghantaran nama-nama peserta Skim Khairat Kematian (Etiqa Takaful) seramai 121 keluarga telah selesai dan perlindungan telah bermula dari 3 Mac 2010 hingga 2 Mac 2011. Tuan/Puan yang berminat tetapi tidak berkesempatan untuk berbuat demikian, masih boleh menyertainya dalam tempoh 2 minggu lagi iaitu selewat-lewatnya 17 Mac 2010. Selepas dari tarikh tersebut, pihak Etiqa Takaful tidak akan membenarkan sebarang perubahan atau penambahan nama peserta dibuat. Penduduk yang tertinggal perlu menunggu perlindungan tahun berikutnya iaitu 2011.

Sila berhubung terus AJK yang ditugaskan:

Azwan Bin Mohamed
No. 1, Jalan Impian Jaya 7
Tel: 019-3855991

Atau tuan/puan boleh bank-in terus ke akaun Maybank (no. akaun 1642 2132 3220 - Azwan Bin Mohamed). Mohon maklumkan kepada saya sama ada melalui telefon atau sms sekiranya pindahan wang telah dibuat. Disamping itu juga, sila maklumkan No. Kad Pengenalan tuan/puan dan tarikh lahir (sekiranya tuan/puan adalah anggota tentera/polis).

Mohon kerjasama semua.

Harap maklum.



Friday, February 5, 2010

Tabung Khairat Kematian Persatuan Penduduk Impian Jaya

SUMBANGAN

Sumbangan tahunan iaitu RM15 bagi satu keluarga walaupun terdapat kurang dari 3 orang anak atau hanya satu penjaga (suami / isteri) sahaja. Bagi suami yang mempunyai lebih dari satu isteri maka setiap isteri dan anak-anaknya akan dikenakan tambahan sumbangan RM15, iaitu dikira sebagai satu unit keluarga.


MANFAAT

Perlindungan dan manfaat Takaful bagi kematian di atas semua sebab adalah seperti berikut:

AHLI YANG DILINDUNGI

MANFAAT KEMATIAN

Ahli atau pasangan (18-65 tahun)

RM1000

Ahli atau pasangan (66 – 75 tahun)

RM500

Anak (sehingga 3 kematian dalam setahun dari semua anak-anak yang layak dalam keleuarga tersebut)

RM500


BAGAIMANA INGIN MENYERTAI?

Persatuan Penduduk Impian Jaya telah memutuskan bahawa tarikh akhir pendaftaran Tabung Khairat Kematian adalah pada 20 Februari 2010. Kutipan akan dibuat oleh beberapa AJK Persatuan seperti berikut:

Jalan Impian Jaya

Tuan Hj Mohd Zamani Embong - No. 17 Jalan Impian Jaya (019-2305808)

Jalan Impian Jaya 1/2/3

Tuan Hj Hussain Abd Rahman - No. 11, Jalan Impian Jaya 1 (019-3445728)

Jalan Impian Jaya 4

Tuan Hj Abd Manaf Hj Ramli - No. 47, Jalan Impian Jaya 4 (012-3339375)

Jalan Impian Jaya 5

Encik Mansor Shamsuddin - No. 2, Jalan Impian Jaya 5 (012-2011705)

Jalan Impian Jaya 6/7/8

Encik Azwan Bin Mohamed - No. 1, Jalan Impian Jaya 7 (019-3855991)

Jalan Impian Jaya 9/10/11

Tuan Hj Mohammad Hazani bin Hj Hassan, No. 6 Jalan Impian Jaya10 (012-2109607)

Jalan Impian Jaya 12/13

Tuan Hj Rahazi bin Razak, 6, Jln Impian Jaya 13 ( )


Sekiranya, didapati tiada wakil persatuan yang datang ke rumah anda ataupun ketika kehadiran wakil persatuan penduduk ke rumah tetapi anda tiada, sila berjumpa terus dengan wakil-wakil seperti yang dinyatakan di atas. Penduduk yang terlepas untuk menyertai Tabung Khairat Kematian hanya boleh menyertainya pada sesi tahun akan datang.



Thursday, January 21, 2010

Perjumpaan Wakil Persatuan Dengan Ahli Majlis Kajang


Pada 21 Januari 2010, beberapa wakil Persatuan Penduduk Impian Jaya telah bertemu dan berbincang dengan Encik Ong Seng Peng, Ahli Majlis MPKj bagi membincangkan beberapa isu berkaitan kawasan taman perumahan kita. Antaranya:

  • Status peruntukan penurapan jalan di Impian Jaya di bawah bajet 2010. Pada tahun 2009, pihak MPKj menjanjikan penurapan jalan akan dibuat pada Mac 2010
  • Status tambahan pemasangan lampu jalan khususnya di taman permainan
  • Permohonan peruntukan untuk membina pagar keselamatan khususnya di sepanjang Jalan Impian Jaya dan Lebuh Raya Grand Saga
  • Lampu Jalan tidak menyala (di sepanjang jalan besar Tesco menghala ke Saujana Impian)

Harap maklum.


Saturday, January 16, 2010

Pemasangan Jeriji Besi Di Laluan Belakang: Apa Kata Jabatan BOMBA??



Pihak Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) telah mendapatkan penjelasan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenai status pemasangan jeriji besi di laluan belakang (backlane) . Berikut merupakan jawapan melalui emel yang telah diterima pada 15 Januari 2010 yang lalu.

---------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan,

PER: JAWAPAN PERTANYAAN STATUS PEMASANGAN JERIJI BESI BELAKANG RUMAH

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita memaklumkan bahawa akses utama menentang kebakaran adalah dilaluan hadapan unit-unit kediaman yang mana di laluan tersebut terletaknya pili-pili bomba yang membekalkan sumber air utama untuk operasi pemadaman kebakaran. Manakala laluan belakang (backlane)akan digunakan oleh anggota operasi pemadaman kebakaran dan kerja-kerja penyelamatan dibahagian belakang.Oleh yang demikian, pemasangan jeriji dilaluan tersebut akan dibuka secara paksa bagi kerja-kerja pemadaman kebakaran dan penyelamatan di bahagian belakang (backlane).

3. Untuk makluman tuan juga, laluan belakang bukanlah merupakan syarat utama keselamatan kebakaran kerana dinding dua pihak (party wall) yang memisahkan unit-unit kediaman telah berfungsi sebagai perlindungan pasif mengawal kemerebakan kebakaran.

Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.


Yang benar,

melalui e-mel
(PgB Nor Mahathir Bin Muhamad)
b.p. Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Keselamatan Kebakaran
Ibu Pejabat
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penjelasan pihak Bomba telah diperolehi, justeru apa tindakan tuan/puan semua?

Sekian, harap maklum.


Tuesday, January 12, 2010

PENTING!! Kejadian Pecah Rumah Pertama di Tahun 2010


Pihak PPIJ menerima maklum bahawa pada 11 Januari 2010 yang lalu berlaku 2 kejadian pecah rumah di Jalan Impian Jaya 3 (Tuan Hj Abdul Kadir Abdul Rahman) dan Jalan 4 (Tuan Hj Zamzuri Hj Said). PPIJ mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa.

Insha Allah, PPIJ sedaya upaya akan mempercepatkan urusan berkaitan dengan kawalan keselamatan. Mesyuarat tergempar akan diadakan dengan kadar segera. Saya secara peribadi juga berharap agar kawalan keselamatan dapat dimulakan seawal Februari 2010.

Kerjasama semua penduduk amat-amat diperlukan bagi meminimumkan risiko kecurian di kawasan taman perumahan kita.

Semoga Allah swt memelihara kita semua dan dijauhi dari sebarang musibah.





Tuesday, January 5, 2010

Ceramah Agama Sempena Maal Hijrah 1431

Untuk makluman tuan/puan, satu Majlis Ceramah Agama Sempena Tahun Baru Hijrah 1431 akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh : 10 Januari 2010 (Ahad)
  • Masa : Bermula Sholat Maghrib
  • Tempat : Surau Saujana Impian
  • Penceramah : Tuan Haji Ann Wan Seng

Muslimin/Muslimat dijemput hadir.