| Selamat Datang - Ahlan Wa Sahlan - Welcome | ke Laman Blog Persatuan Penduduk Impian Jaya, Saujana Impian Kajang.
Saturday, November 19, 2011
Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) 2011
Thursday, September 15, 2011
Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 @ Impian Jaya
Saturday, August 27, 2011
Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1432H
Sunday, June 19, 2011
Bingkisan Kejohanan Bola Tampar Tertutup & Majlis Kecemerlangan Akademik 2010
Wednesday, April 13, 2011
Pertandingan Bola Tampar Tertutup Impian Jaya 2011
- Yuran Penyertaan hanya RM5.00 setiap orang
- Terbuka kepada semua warga Impian Jaya (Pemilik / Penyewa)
- Jumlah pemain setiap kumpulan adalah 10 orang dengan 6 orang pemain utama dan 4 pemain simpanan
- Pertandingan diadakan secara 'round-robin'
- Hadiah menarik disediakan
Pembahagian Kumpulan
- Jalan Impian Jaya , 1, 2 dan 3
- Jalan Impian Jaya 4 - Team A
- Jalan Impian Jaya 4 - Team B
- Jalan Impian Jaya 5
- Jalan Impian Jaya 6,7 dan 8
- Jalan Impian Jaya 9, 10, 11 dan 12 (Semi D)
Urusetia Program:
Saudara Adi Sulaiman - 012-2863010
Lt. Kol Mohd Fuaad - 012-3996257
Borang boleh diperolehi melalui urusetia di atas atau di pondok pengawal. Sila kembalikan borang penyertaan dan yuran pendaftaran selewat-lewatnya pada 19 April 2011.
Sunday, February 20, 2011
Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010
Friday, February 18, 2011
Mesyuarat Tahunan Persatuan Penduduk Impian Jaya Tahun 2011
Tuesday, February 8, 2011
Salam Maulidur Rasul
MAULIDUR RASUL….
Saban tahun kita menyambutnya..
Majlis disambut umat sedunia..
Dihiasi dengan pelbagai acara..
Terus menjulang di persada dunia..
MAULIDUR RASUL..
12 Rabiul Awal menjadi tarikh pilihan..
Sambutan kelahiran seorang insan..
Kekasih Allah sepanjang perjuangan..
Menegakkan agama di tangga kemuliaan..
MAULIDUR RASUL..
Kelahiran seorang Rasul dan Nabi..
Menghambakan dirinya terhadap Ilahi…
Wataknya memperlihatkan nilai insani…
Kekasih Ilahi yang akhlaknya sentiasa disegani…
MAULIDUR RASUL…
Sehingga kini namanya terus menjulang…
Bangsa,negara dan pengikutnya berbilang…
Namun kini apa yang jadi sunnahnya terus menghilang..
Bersilih ganti dengan kesesatan dalam dunia yang terus walang..
MAULIDUR RASUL…
Kini tiada lagi cahaya nur Imani..
Yang dahulunya terang menyinari kehidupan Nabi..
Namun kini yang ada hanyalah gelap yang menghitami..
Hati yang Pencipta dirinya tidak lagi ditakuti..
Maulidur Rasul sambutannya kini dipenuhi..
Pelbagai saat yang melalaikan…
Umpama kejayaan yang dahulunya dibanggakan..
Namun kini jatuh tiada kebangkitan…
Tiada lagi yang dapat menghidupkan kelopak iman…
MAULIDUR RASUL…
Terus kelam dari dunia keinsafan..
Untuk memperingati perjuangan seorang insan…
Yang ketika ajalnya menjemput …….
Yang meniti di binirnya hanyalah…
“Ummatku…Ummatku…Ummatku..”
Kecintaannya kepada ummah tidak berbelah bahagi…
Namun kini sebaliknya pula yang terjadi…
Kecintaan kepada Nabi tidak lagi terisi..
Bahkan ruang Islami telah dikosongi..
JUSTERU ITU…
Marilah kita bermusahabah diri…
Menanamkan rasa kecintaan kepada Nabi…
Sehingga mati terus abadi..
Ayat Ilahi dan juga Nabi..
Sebagaimana Nabi mengingati kita sehingga wafat..
Sebegitulah juga namanya kita ingati..
Sehingga ke hujung hayat..
Marilah kita bermusahabah diri…
Memperjuangkan Kalimah Allah sehingga mati..
Agar terus terjamin kehidupan kita nanti…
Bahagia di dalam syurga kekal abadi…
Sekian,semoga beroleh manfaat…