Friday, November 12, 2010

Salam Aidiladha


Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua penduduk Impian Jaya. Kepada mereka yang tidak pulang ke kampung sertailah majlis Ibadah Qurban di Surau Saujana Impian.

Kepada mereka yang pulang ke kampung, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga semua selamat pergi dan balik. Pastikan rumah berkunci dengan baik dan pasangkan lampu di luar rumah anda.

Terima kasih.


Tuesday, November 9, 2010

Parking Kenderaan Anda : Pastikan Tidak Menghalang Jiran / Lalu lintas



Persatuan Penduduk Impian Jaya telah menerima panggilan telefon, sms dan pelbagai medium perhubungan lain yang menyatakan bahawa kenderaan jiran tetangga mereka menghalang lalu lintas. Lebih mendukacitakan lagi, segelintir jiran tetangga suka meletakkan kenderaan mereka dihadapan pagar rumah jiran yang lain sehingga menyukarkan jiran untuk keluar masuk.

Sehubungan dengan itu, sukacita saya mengingatkan diri saya sendiri dan juga kepada semua penduduk Impian Jaya akan senantiasa berhemah dalam meletakkan kenderaan masing-masing supaya tidak mengganggu orang lain. Seboleh-bolehnya jiran tetangga hendaklah saling kenal mengenali dan bermuafakat bagaimana ingin menyusun atur kenderaan supaya tidak mengganggu satu sama lain.

Terima kasih atas kerjasama semua.


Persatuan Penduduk Impian Jaya

Saturday, November 6, 2010

Penstrukturan Semula Laluan di Lampu Isyarat Saujana Impian: Membahayakan NYAWA!





Perbincangan awal mengenai penubuhan satu Jawatan Kuasa Bertindak bagi membantah penstrukturan semula kaedah laluan di persimpangan lampu isyarat Saujana Impian. Perbincangan ini telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 4 November 2010 (Khamis)
Masa: 9.00 malam
Tempat: Restoran Shifan, Impian Murni


Untuk laporan perbincangan, sila klik pada pautan http://impiansetiasaujanaimpian.blogspot.com/2010/11/perbincangan-awal-4-nov-2010-jalan.html (terima kasih kepada Tuan Hj Shaiful Kharidan, Impian Setia atas laporan tersebut).

Mohon sokongan semua warga penduduk di Saujana Impian.

Terima kasih.



Monday, November 1, 2010

Happy Deepavali




Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kepada jiran tetangga penganut agama Hindu di Impian Jaya, Selamat Menyambut Hari Deepavali.

Sekiranya tuan/puan bercuti dan pulang ke kampung halaman, sila maklumkan kepada jiran tetangga sebagai langkah keselamatan.

Terima kasih.