Pada 12 Mac 2010 (Jumaat) yang lalu Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) telah berbesar hati menerima kunjungan Adun Kajang Yang Berhormat Cikgu Lee dan rombongannya seramai lebih kurang 15 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis Kajang, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan beberapa orang wartawan.
Lawatan rombongan YB Cikgu Lee merupakan maklumbalas awal kepada surat PPIJ kepada pihak MPKj dan Adun Kajang mengenai beberapa isu berkaitan keselamatan dan keselesaan hidup penduduk Impian Jaya. Antara isu yang dibincangkan adalah pembangunan 'Sound Barrier', pemasangan pagar keselamatan di sepanjang Jalan Impian Jaya (dan juga seluruh kawasan perumahan Impian Jaya), tanggungjawab MPKj dalam urusan kebersihan kawasan setempat dan banyak lagi.
Antara hasil pertemuan antara PPIJ dengan rombongan YB Cikgu Lee, dapat disimpulkan:
- Bersetuju untuk menyalurkan bantuan untuk projek pembangunan pagar di Impian Jaya (keutamaan adalah sepanjang Jalan Impian Jaya);
- Bersetuju untuk membawa cadangan pembangunan 'Sound Barrier' kepada pihak-pihak berkaitan seperti JKR, MPKj, Grand Saga dan lain-lain;
- Mengambil maklum akan peruntukan 'resurface' jalan-jalan di Impian Jaya;
- Bersetuju membuat pemantauan pembersihan/penyelenggaraan longkang yang tidak konsisten;
Bersama-samalah kita berusaha dan berdoa supaya segala yang dirancang untuk keselesaan dan keselamatan semua penduduk dipermudahkan oleh Allah swt. Kerjasama semua penduduk juga amat diharapkan.
Sekiranya tuan/puan mempunyai sebarang komen/pandangan yang membina sila berbuat demikian di ruangan 'komen'.