
| Selamat Datang - Ahlan Wa Sahlan - Welcome | ke Laman Blog Persatuan Penduduk Impian Jaya, Saujana Impian Kajang.
Sunday, February 20, 2011
Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010

Friday, February 18, 2011
Mesyuarat Tahunan Persatuan Penduduk Impian Jaya Tahun 2011
Mesyuarat Tahunan Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) 2011 akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:Tuesday, February 8, 2011
Salam Maulidur Rasul


MAULIDUR RASUL….
Saban tahun kita menyambutnya..
Majlis disambut umat sedunia..
Dihiasi dengan pelbagai acara..
Terus menjulang di persada dunia..
MAULIDUR RASUL..
12 Rabiul Awal menjadi tarikh pilihan..
Sambutan kelahiran seorang insan..
Kekasih Allah sepanjang perjuangan..
Menegakkan agama di tangga kemuliaan..
MAULIDUR RASUL..
Kelahiran seorang Rasul dan Nabi..
Menghambakan dirinya terhadap Ilahi…
Wataknya memperlihatkan nilai insani…
Kekasih Ilahi yang akhlaknya sentiasa disegani…
MAULIDUR RASUL…
Sehingga kini namanya terus menjulang…
Bangsa,negara dan pengikutnya berbilang…
Namun kini apa yang jadi sunnahnya terus menghilang..
Bersilih ganti dengan kesesatan dalam dunia yang terus walang..
MAULIDUR RASUL…
Kini tiada lagi cahaya nur Imani..
Yang dahulunya terang menyinari kehidupan Nabi..
Namun kini yang ada hanyalah gelap yang menghitami..
Hati yang Pencipta dirinya tidak lagi ditakuti..
Maulidur Rasul sambutannya kini dipenuhi..
Pelbagai saat yang melalaikan…
Umpama kejayaan yang dahulunya dibanggakan..
Namun kini jatuh tiada kebangkitan…
Tiada lagi yang dapat menghidupkan kelopak iman…
MAULIDUR RASUL…
Terus kelam dari dunia keinsafan..
Untuk memperingati perjuangan seorang insan…
Yang ketika ajalnya menjemput …….
Yang meniti di binirnya hanyalah…
“Ummatku…Ummatku…Ummatku..”
Kecintaannya kepada ummah tidak berbelah bahagi…
Namun kini sebaliknya pula yang terjadi…
Kecintaan kepada Nabi tidak lagi terisi..
Bahkan ruang Islami telah dikosongi..
JUSTERU ITU…
Marilah kita bermusahabah diri…
Menanamkan rasa kecintaan kepada Nabi…
Sehingga mati terus abadi..
Ayat Ilahi dan juga Nabi..
Sebagaimana Nabi mengingati kita sehingga wafat..
Sebegitulah juga namanya kita ingati..
Sehingga ke hujung hayat..
Marilah kita bermusahabah diri…
Memperjuangkan Kalimah Allah sehingga mati..
Agar terus terjamin kehidupan kita nanti…
Bahagia di dalam syurga kekal abadi…
Sekian,semoga beroleh manfaat…
Wednesday, February 2, 2011
Selamat Tahun Baru Cina 2011
Monday, December 6, 2010
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432


Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1432 kepada semua penduduk Impian Jaya. Semoga segala amalan baik sepanjang tahun 1431 diterima Allah swt hendaknya. Berdoalah dan berusahalah supaya tahun 1432 yang bakal menjelma akan diisi dengan segala penambahbaikan dan kebaikan ... Amin
Bersama-sama ini disertakan doa awal & akhir tahun hijrah. Sekiranya, sukar dibaca, tuan/puan boleh klik pada pautan ini :
http://surau.townplan.gov.my/surau/ebook/DoaAwalAkhir.pdf
PPIJ
Friday, November 12, 2010
Salam Aidiladha

Tuesday, November 9, 2010
Parking Kenderaan Anda : Pastikan Tidak Menghalang Jiran / Lalu lintas


