Saturday, July 31, 2010

Bagaimana Pencapaian Persatuan Penduduk Impian Jaya Di Mata Anda?

Apakah PENCAPAIAN Persatuan Penduduk Impian Jaya Setakat Julai 2010?

1) Telah mengadakan 5 mesyuarat AJK
2) Mewujudkan Tabung Khairat Kematian - Etiqa Takaful
3) Memasang 2 unit gantri
4) Membuat perjumpaan dengan Adun Kajang
5) Membangunkan Pagar Keselamatan (Fasa I) - telah siap
6) Membangunkan Pagar Keselamatan (Fasa II) - telah bermula
7) Membangunkan 1 unit pos kawalan
8) Merealisasikan 24 jam kawalan keselamatan
9) Melaksanakan penyampaian maklumat melalui blog, FB, banners dan fliers
10) Gotong Royong Pertama (April 2010)
11) Menambah Pemasangan Lampu Jalan
12) Membuka Kaunter Kutipan Yuran Keselamatan (Mingguan)
13) Memperkenalkan logo persatuan
14) Memperkenalkan pelekat kenderaan

Program Terdekat?

15) Gotong Royong Sempena Ramadhan
16) Pemasangan Lampu Awam di Taman Permainan Kanak-kanak



... APA KOMEN ANDA SEMUA?

Wednesday, July 28, 2010

Program Gotong Royong Sempena Kedatangan Ramadhan


Sukacita dimaklumkan, Persatuan Penduduk Impian Jaya akan menganjurkan satu Program Gotong Royong Sempena Kedatangan Bulan Ramadhan al Mubarak. Fokus gotong royong ini adalah melaksanakan kebersihan di kawasan rumah dan jalan masing-masing. Pon begitu, semua penduduk diminta berkumpul di Padang Permainan Jalan Impian Jaya 5 terlebih dahulu.

Butiran lanjut mengenai program ini adalah seperti berikut:

Tarikh : 8 Ogos 2010 (Ahad)
Masa : Bermula 8.30 pagi
Tempat : Padang Permainan Kanak-Kanak
Jalan Impian Jaya 5


Semua Penduduk dijemput hadir. Sarapan pagi disediakan.


p/s - JOM SEMUA TURUT SERTA | KENALI JIRAN KITA | ERATKAN SILATURRAHIM