Thursday, April 29, 2010

Wakil Kutipan Yuran Keselamatan



Bayaran yuran keselamatan boleh dibuat melalui wakil-wakil persatuan seperti berikut:

Wakil 1

Dato' Hj Zakaria Abd Hamid

No. 55, Jalan Impian Jaya

Tel: 019-3255999


Wakil 2

Lt. Kol. Mohd Fuaad Bin Mohd Yunus

No. 58, Jalan Impian Jaya 5

Tel: 012-3996257


Wakil 3

Encik Adi Sulaiman

No. 2, Jalan Impian Jaya 6

Tel: 012-3919743


Disamping itu juga, pihak persatuan turut akan membuka kaunter bayaran pada setiap Hari Sabtu bermula pada 8 Mei 2010 jam 9.00 – 11.00 pagi di Pos Kawalan Keselamatan Jalan Impian Jaya 5 (pintu masuk bersebelahan Jalan Melur).

Monday, April 26, 2010

Bingkisan Program Gotong Royong & Taklimat Kawalan Keselamatan

Banner Program Gotong Royong


Anak-anak mengambil kesempatan untuk bermain


Kesungguhan sebahagian penduduk.... Terima kasih


Fasa terakhir - pembersihan dahan-dahan pokok yang dicantas


Ni jenguk-jenguk atas ... mana tau ada buah rambutan ke...



Tuesday, April 6, 2010

GOTONG ROYONG & TAKLIMAT KAWALAN KESELAMATAN

Pihak Persatuan sedaya upaya akan merealisasikan hasrat sebahagian besar penduduk supaya diwujudkan kemudahan kawalan keselamatan. Kawalan keselamatan ini dijangka bermula pada 1 Mei 2010. Fasa pertama kawalan keselamatan bermula pada 7.00 malam hingga 7.00 pagi. Sekiranya, tiada halangan dari segi peruntukan kewangan, kawalan keselamatan ini akan dilaksanakan 24 jam sehari.

Untuk itu, satu Majlis Gotong Royong Mini & Taklimat Kawalan Keselamatan akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

  • Tarikh : 18 April 2010 (Ahad)
  • Masa : 8.30 pagi
  • Tempat : Padang Permainan Impian Jaya, Jalan Impian Jaya 5
(Sarapan pagi disediakan)

Maklumat tambahan mengenai Cadangan Kawalan Keselamatan:

  • Yuran Bulanan adalah RM30
  • Bayaran dibuat kepada AJK Persatuan (wakil setiap jalan)
  • Kawalan 12 jam (7.00 malam - 7.00 pagi) - Fasa Pertama
  • 1 Pos Kawalan akan dibangunkan dalam bulan April (di pintu masuk Jalan Melur)
  • Palang besi di sebelah Jalan Kajang By Pass akan ditutup bermula 12.00 tengah malam. Akan dibuka pada jam 6.00 pagi. (perlukan maklumbalas semua)