Thursday, January 21, 2010

Perjumpaan Wakil Persatuan Dengan Ahli Majlis Kajang


Pada 21 Januari 2010, beberapa wakil Persatuan Penduduk Impian Jaya telah bertemu dan berbincang dengan Encik Ong Seng Peng, Ahli Majlis MPKj bagi membincangkan beberapa isu berkaitan kawasan taman perumahan kita. Antaranya:

  • Status peruntukan penurapan jalan di Impian Jaya di bawah bajet 2010. Pada tahun 2009, pihak MPKj menjanjikan penurapan jalan akan dibuat pada Mac 2010
  • Status tambahan pemasangan lampu jalan khususnya di taman permainan
  • Permohonan peruntukan untuk membina pagar keselamatan khususnya di sepanjang Jalan Impian Jaya dan Lebuh Raya Grand Saga
  • Lampu Jalan tidak menyala (di sepanjang jalan besar Tesco menghala ke Saujana Impian)

Harap maklum.


Saturday, January 16, 2010

Pemasangan Jeriji Besi Di Laluan Belakang: Apa Kata Jabatan BOMBA??



Pihak Persatuan Penduduk Impian Jaya (PPIJ) telah mendapatkan penjelasan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengenai status pemasangan jeriji besi di laluan belakang (backlane) . Berikut merupakan jawapan melalui emel yang telah diterima pada 15 Januari 2010 yang lalu.

---------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum w.b.t.

Tuan,

PER: JAWAPAN PERTANYAAN STATUS PEMASANGAN JERIJI BESI BELAKANG RUMAH

Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita memaklumkan bahawa akses utama menentang kebakaran adalah dilaluan hadapan unit-unit kediaman yang mana di laluan tersebut terletaknya pili-pili bomba yang membekalkan sumber air utama untuk operasi pemadaman kebakaran. Manakala laluan belakang (backlane)akan digunakan oleh anggota operasi pemadaman kebakaran dan kerja-kerja penyelamatan dibahagian belakang.Oleh yang demikian, pemasangan jeriji dilaluan tersebut akan dibuka secara paksa bagi kerja-kerja pemadaman kebakaran dan penyelamatan di bahagian belakang (backlane).

3. Untuk makluman tuan juga, laluan belakang bukanlah merupakan syarat utama keselamatan kebakaran kerana dinding dua pihak (party wall) yang memisahkan unit-unit kediaman telah berfungsi sebagai perlindungan pasif mengawal kemerebakan kebakaran.

Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.


Yang benar,

melalui e-mel
(PgB Nor Mahathir Bin Muhamad)
b.p. Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Keselamatan Kebakaran
Ibu Pejabat
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Penjelasan pihak Bomba telah diperolehi, justeru apa tindakan tuan/puan semua?

Sekian, harap maklum.


Tuesday, January 12, 2010

PENTING!! Kejadian Pecah Rumah Pertama di Tahun 2010


Pihak PPIJ menerima maklum bahawa pada 11 Januari 2010 yang lalu berlaku 2 kejadian pecah rumah di Jalan Impian Jaya 3 (Tuan Hj Abdul Kadir Abdul Rahman) dan Jalan 4 (Tuan Hj Zamzuri Hj Said). PPIJ mengucapkan takziah atas musibah yang menimpa.

Insha Allah, PPIJ sedaya upaya akan mempercepatkan urusan berkaitan dengan kawalan keselamatan. Mesyuarat tergempar akan diadakan dengan kadar segera. Saya secara peribadi juga berharap agar kawalan keselamatan dapat dimulakan seawal Februari 2010.

Kerjasama semua penduduk amat-amat diperlukan bagi meminimumkan risiko kecurian di kawasan taman perumahan kita.

Semoga Allah swt memelihara kita semua dan dijauhi dari sebarang musibah.





Tuesday, January 5, 2010

Ceramah Agama Sempena Maal Hijrah 1431

Untuk makluman tuan/puan, satu Majlis Ceramah Agama Sempena Tahun Baru Hijrah 1431 akan diadakan seperti berikut:

  • Tarikh : 10 Januari 2010 (Ahad)
  • Masa : Bermula Sholat Maghrib
  • Tempat : Surau Saujana Impian
  • Penceramah : Tuan Haji Ann Wan Seng

Muslimin/Muslimat dijemput hadir.